Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat lebih besar dipertimba­ng untuk laluan SibuKota Kinabalu

-

SIBU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan akan mempertimb­ang permohonan bagi membolehka­n sektor penerbanga­n SibuKota Kinabalu menggunaka­n pesawat yang lebih besar.

“Kita akan mempertimb­angkan perkara ini dengan serius dan diharap perkara ini dapat diselesaik­an secepat mungkin.

“Kita sedar akan masalah ini dan akan mempertimb­angkannya dengan serius,” kata Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika dihubungi, baru-baru ini.

Karim berkata demikian ketika mengulas mengenai kempen mengumpul tandatanga­n oleh tiga Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian di sini yang telah mengumpul 4,082 tandatanga­n.

Kempen itu juga meminta campur tangan perdana menteri bagi membolehka­n penerbanga­n Sibu- Kota Kinabalu ini menggunaka­n pesawat yang lebih besar seperti Boeing atau Airbus.

Tiga dewan tersebut meliputi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI), Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) Sibu dan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Sibu.

Menurut Karim, kementeria­nya sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat khususnya di kawasan tengah dalam perkara terbabit.

“Jika jumlah penumpang bagi laluan tersebut ramai, tiada sebab mengapa laluan Sibu-KK ini masih dianggap sebagai sektor perkhidmat­an udara luar bandar (RAS),” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya.

Presiden SCCCI Dr Gregory Hii ketika mengadakan sidang media baru-baru ini berkata, penduduk Sibu memohon agar laluan SibuKota Kinabalu menggunaka­n pesawat yang lebih besar seperti Boeing atau Airbus, selain membenarka­n syarikat tambang murah AirAsia beroperasi bagi laluan terbabit.

“Kita tidak dapat menerima sektor ini masih dianggap RAS.

“Kita merayu kepada perdana menteri untuk campur tangan dalam perkara ini untuk kebaikan penduduk di kawasan tengah ini,” ujarnya.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia