Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN sentiasa mengutamak­an kepentinga­n rakyat di luar bandar

-

LAWAS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamak­an kepentinga­n rakyat di luar bandar dengan mengadakan pelbagai program untuk membantu mereka menangani kenaikan kos sara hidup yang meningkat di seluruh dunia.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Malaysia Datuk Henry Sum Agong berkata Program Jualan Sentuhan Rakyat(PJSR) satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat terutama yang berpendapa­tan rendah.

Beliau berkata rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada BN dalam meneruskan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meringanka­n beban yang ditanggung rakyat.

“Kita ada banyak usaha bermula daripada program bayi yang baharu lahir hingga kepada warga emas yang meliputi se- mua aspek kehidupan rakyat,” ujarnya pada program PJSR di Trusan baru-baru ini.

Henry Sum juga mahu pembabitan­generasipe­mimpinmuda yang aktif mendekati rakyat untuk terus bersama memahami aspirasi rakyat akar umbi.

“Ini penting dalam usaha mereka merencana lebih banyak pembanguna­n masa depan yang dapat memberi impak kepada majoriti rakyat di luar bandar yang mana rata-rata adalah masyarakat bumiputera,”katanya.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional(BN) Sarawak merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak Gerald Rentap Jabu dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB Sarawak merangkap Timbalan Ketua Parti PBB Cawangan Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Awangku Jinal (empat kiri) dan Henry bersama rakyat pada PJSR di Trusan baru-baru ini.
UNTUK RAKYAT: Awangku Jinal (empat kiri) dan Henry bersama rakyat pada PJSR di Trusan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia