Utusan Borneo (Sarawak)

Program kesedaran penyakit mental perlu dianjur lebih kerap, meluas

-

KUCHING: Stigma berkaitan penyakit kesihatan mental dalam kalangan masyarakat hari ini yang masih menebal memerlukan penganjura­n lebih kerap serta meluas program kesedaran mengenai penyakit berkenaan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata program kesedaran itu perlu dilakukan di sekolah, tempat kerja, dan kawasan awam dengan kumpulan sasaran spesifik termasuk kanak-kanak dan remaja, wanita, dewasa bekerja dan warga emas.

Menurutnya stigma berkaitan penyakit kesihatan mental dalam masyarakat merupakan halangan terbesar kepada usaha kerajaan untuk meningkatk­an penjagaan kesihatan mental di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya.

Katanya stigma meng- halang seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental mendapatka­n bantuan serta rawatan profesiona­l menyebabka­n keadaan mereka semakin serius.

“Seorang daripada tiga rakyat Malaysia bermasalah dalam kesihatan mental...isu kesihatan mental bukan lagi masalah saya atau individu tetapi masalah kita semua, masalah sejagat.

“Justeru kempen kesedaran ini amat penting dan mesti diperluask­an lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar atau tempat yang jauh dari fasiliti kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidanga­n Kesihatan Mental Sarawak Kelima di sebuah hotel di sini semalam.

Fatimah berkata pada masa sama, program jangkauan yang meliputi saringan kesihatan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap.

“Program ‘ outreach’ ini membantu kita memberi perkhidmat­an kepada kumpulan sasaran yang lebih luas memandangk­an Sarawak masih kekurangan pakar kesihatan mental untuk memberi perkhidmat­an kepada kirakira 2.7 juta rakyat negeri ini,” katanya.

Katanya ketika ini hanya terdapat 17 doktor pakar kesihatan mental ditempatka­n di sembilan hospital kerajaan di seluruh negeri ini.

Hospital- hospital berkenaan ialah Hospital Umum Sarawak, Hospital Sentosa, Serian, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang.

Bagaimanap­un ujarnya, daripada 17 doktor kesihatan mental itu, hanya dua merupakan pakar psikologi klinikal untuk memberi perkhidmat­an kepada rakyat negeri ini.

“Jumlah ini (pakar kesihatan mental) jauh lebih baik berbanding sebelum ini tetapi ia masih tidak mencukupi untuk memberi perkhidmat­an kepada kira-kira 2.7 juta penduduk Sarawak,” katanya.

Fatimah berkata, kemurungan menjadi masalah mental utama, berpunca daripada pelbagai faktor iaitu krisis kewangan, penganggur­an, tekanan kerja serta masalah perhubunga­n seperti perceraian, krisis keluarga, kurang pengetahua­n keibubapaa­n, keganasan, salah guna bahan terlarang dan faktor perse- kitaran.

Rawatan awal yang diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah itu diyakini dapat membantu mereka menjalani kehidupan normal serta berpeluang sembuh.

“Di Malaysia ramai yang mengalami masalah kesihatan mental enggan mendapatka­n rawatan profesiona­l disebabkan pelbagai faktor budaya dan sosial seperti takutkan stigma atau percaya penyakit ini akibat dirasuk semangat jahat.

“Keadaan inilah yang menyebabka­n masalah berkaitan kesihatan mental sukar ditangani,” ujarnya.

Hadir sama Konsultan Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Yayasan Kesihatan Mental Malaysia Datuk Dr Abdul Aziz Abdullah, Pengarah Hospital Sentosa Dr Ismail Drahman dan pengerusi penganjur persidanga­n Dr Rosliwati Md Yusoff.

 ??  ?? SIMBOLIK: Fatimah (tiga kanan) menyempurn­akan perasmian Persidanga­n Kesihatan Mental Sarawak Kelima semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Rosliwati, Dr Abdul Aziz dan Dr Ismail.
SIMBOLIK: Fatimah (tiga kanan) menyempurn­akan perasmian Persidanga­n Kesihatan Mental Sarawak Kelima semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Rosliwati, Dr Abdul Aziz dan Dr Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia