Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak Sukuk Hijau dikeluar sokong projek infrastruk­tur mitigasi iklim

-

KUCHING: Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) membayangk­an lebih banyak Sukuk Hijau dikeluarka­n di negara ini untuk menyokong projek infrastruk­tur mitigasi iklim.

Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Seri Devamany S.Krishnasam­y berkata, pada masa yang sama ia untuk memperkuku­hkan kedudukan negara sebagai pemangkin utama instrumen hijau yang mematuhi syariah.

“Saya dengan bangganya mengumumka­n bahawa Malaysia telah diiktiraf secara global, sebagai peneraju perjuangan Sukuk Hijau, iaitu Instrumen Mampan dan Bertanggun­gjawab (SRI) yang mematuhi syariah.

“Bagi perkara berkenaan sebanyak RM250 juta bagi Sukuk SRI Hijau untuk membiayai pembinaan projek Solar Berskala Besar (LSS) di Sabah dan ekoran daripada kejayaan pelancaran di Sabah, negara melancarka­n Sukuk SRI Hijau terbesar di dunia dengan kewangan RM1 bilion pada Oktober lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabang­sa (ISES) 2018 anjuran Pihak Berkuasa Penggunaan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Kementeria­n Utiliti Sarawak yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Tambah Devamany, kewangan berkenaan untuk membiayai pembinaan projek LSS terbesar di Asia Tenggara iaitu di Kedah, Melaka dan Terengganu. Mengulas lanjut mengenai SEDA, katanya sehingga kini iaitu pada akhir Januari 2018, SEDA telah meluluskan anggaran pelaburan sebanyak RM11.2 bilion di bawah Skim Tarif Galakan (FiT) dan ia dianggar mewujudkan sekitar 27,000 peluang pekerjaan.

“Pada akhir Januari 2018, jumlah kumulatif sebanyak 12,190 permohonan FiT telah diluluskan dengan kapasiti tenaga diperbahar­ui sebanyak 1,636 megawatt, yang mana 534 megawatt telah mencapai operasi komersial,” katanya.

Sementara itu pada majlis yang sama turut menyaksika­n tiga Memorandum Persefaham­an (MoU) dimeterai yang disaksikan Abang Johari.

Antaranya SEDA Malaysia bersama Pusat Latihan Proaktif ( PLP) Sarawak mengenai ‘Kerjasama Mengenai Pembanguna­n Modal Insan’ dengan objektif mengukuhka­n lagi kerjasama membangunk­an modal insan seperti menyediaka­n program latihan bagi juruteknik dan jurutera dalam bidang teknologi Solar Photovolta­ic (PV) di Sarawak.

Selain itu MoU antara Petra Energy Berhad dan Pekat Teknologi Sdn Bhd mengenai ‘ Rakan Strategik Untuk Meneroka Industri Tenaga Diperbahar­ui’.

Manakala MoU ketiga, antara Cypark RE-store Sdn Bhd dan Tesvolt GmbH mengenai ‘ Pembanguna­n Projek Penyimpana­n Tenaga di Malaysia’.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari menekan butang sebagai simbolik perasmian ISES 2018 sambil disaksikan Devamany (kanan), Dr Rundi (tiga kanan), Wong (tiga kiri), Manyin (dua kiri).
SIMBOLIK: Abang Johari menekan butang sebagai simbolik perasmian ISES 2018 sambil disaksikan Devamany (kanan), Dr Rundi (tiga kanan), Wong (tiga kiri), Manyin (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia