Utusan Borneo (Sarawak)

The Rotary Charity Run 2018, 15 April

- Oleh Clare Cinderella

KUCHING: The Rotary Charity Run 2018 akan diadakan pada 15 April di CityONE Megamall Kuching untuk kali kedua yang dianjurkan Rotary Club of Kuching Central bagi tujuan kutipan amal.

Peserta berdaftar boleh mengutip bungkusan mereka pada 13 dan 14 April dari jam 11 pagi hingga 7 malam di Aras 1, CityONE Megamall Kuching (sebelah Hung Cheong).

Pelepasan peserta akan dirasmikan pada jam 6.30 pagi di pintu masuk utama CityONE oleh tetamu kehormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan tetamu khas Gabenor Rotary Internatio­nal District 3310 2017-2018 Datuk Lee Chuen Wan serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Rotary CharityRun­2018-HadiahPeng­lihatan, pihak yang berkepenti­ngan boleh menghubung­i pengerusi Jong Kiam Ngee atau rckcrun201­8@gmail.com.

Untuk mengetahui aktiviti Rotary Club of Kuching Central, orang ramai boleh mengikuti halaman kelab di www.facebook.com/kuchingcen­tral atau www.kuchingcen­tralrotary.org. MIRI: Kapal Giat Maju bernilai RM20 juta yang dilengkapi teknologi moden untuk keperluan perikanan laut dalam Zon 2, adalah kapal menangkap ikan terbesar di negara ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha yang dibuat menerusi penggunaan teknologi moden pada kapal tersebut merupakan satu contoh bagi rakyat untuk memanfaatk­an kehidupan marin dan perikanan di Sarawak dengan menggunaka­n teknologi terkini bagi menampung permintaan industri perikanan.

“Ini adalah salah satu contoh terbaik industri perikanan untuk kapal bagi Zon 2 yang dilengkapi teknologi canggih untuk menangkap ikan (laut dalam) di negeri ini,” kata Uggah semasa melancarka­n kapal perikanan laut dalam (Zon 2) bernilai RM20 juta di Kuala Baram, baru-baru ini.

Ini adalah salah satu contoh terbaik industri perikanan untuk kapal bagi Zon 2 yang dilengkapi teknologi canggih untuk menangkap ikan (laut dalam) di negeri ini. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawi, Pengarah Perikanan Negeri Sarawak Belayong Nyuak, Residen Miri Sherrina Husaini, Pengarah Shin Yang Shipyard Sdn Bhd Ling Chiong Pin dan Pengarah Urusan Giat Bumijaya Sdn Bhd Sunny Lee Chuong Kew.

Menurut Uggah, industri perikanan laut dalam akan dibangunka­n dengan lebih aktif sejajar dengan usaha mengembang­kan potensinya dengan kapal-kapal jenis baharu yang beroperasi menggunaka­n teknologi moden.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menyokong in- dustri perikanan khususnya dengan memberi lesen kepada pengusaha tempatan untuk bergiat secara aktif dalam industri perikanan.

Katanya, kerajaan meletakkan syarat-syarat lesen lebih ketat pada masa itu untuk memastikan kapal berlesen berlabuh dan mendarat setiap bulan.

Beliau berharap dengan dasar itu juga, akan lebih banyak kapal dan pelabuhan termasuk Pelabuhan Perikanan Tanjung Bako dapat digunakan secara optimum untuk mengelakka­nnya menjadi projek gajah putih yang tidak berfungsi kerana ketiadaan kapal nelayan mendaratka­n hasil.

Dalam perkembang­an berkaitan Uggah menambah, belia di negeri ini juga harus dilatih menggunaka­n teknologi moden dengan kemahiran berkaitan industri-industri tertentu untuk menerokai bidang yang menjanjika­n peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi.

Terdahulu sebelum itu, Sunny Lee berkata, syarikat berkenaan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dan pada masa yang sama mencapai visi kerajaan yang mahu melihat industri perikanan di negeri ini diterokai dan dimanfaatk­an sepenuhnya secara bersistema­tik.

Pada masa yang sama katanya, ini akan mewujudkan lebih banyak peluang bagi industri perikanan untuk aktiviti perikanan dengan menggunaka­n konsep kapal moden yang memiliki lesen khas daripada jabatan berkaitan.

 ??  ?? BANGGA: Uggah melawat sekitar kapal Giat Maju bernilai RM20 juta yang dirasmikan­nya di Kuala Baram, Miri baru-baru ini.
BANGGA: Uggah melawat sekitar kapal Giat Maju bernilai RM20 juta yang dirasmikan­nya di Kuala Baram, Miri baru-baru ini.
 ??  ?? KENANGAN: Kamala (dua kiri) turut ditemani Pegawai Ekonominya Sona Ramesh (kanan) dan Penolong Pegawai Ekonomi Salamah Dalib (kiri) bergambar bersama Abang Johari semalam.
KENANGAN: Kamala (dua kiri) turut ditemani Pegawai Ekonominya Sona Ramesh (kanan) dan Penolong Pegawai Ekonomi Salamah Dalib (kiri) bergambar bersama Abang Johari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia