Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS harus berani berubah penuhi tuntutan pendidikan tinggi masa kini

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) harus berani berubah agar berupaya memenuhi tuntutan pendidikan tinggi masa kini yang dinamik dan mencabar.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata ia memandangk­an pada masa ini, banyak tuntutan yang perlu dipenuhi agar universiti terus kekal relevan dengan perubahan semasa.

“Perubahan ini telah mengubah corak dan bentuk penyampaia­n perkhidmat­an awam di universiti, yang kini lebih banyak menuntut pekerja berpengeta­huan, penguasaan ICT, tadbir urus yang baik termasuk jangkaan pemegang taruh dan pelanggan yang semakin meningkat,” katanya pada Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2018 di sini, semalam.

Di samping itu, Mary berkata perkhidmat­an awam di universiti juga perlu memahami dan mengimplem­entasikan, 10 lonjakan utama dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20152025 (Pendidikan Tinggi) yang berteraska­n konsep ‘heutagogy’ atau ‘self-directed learning’.

Katanya, hal ini penting supaya UNIMAS dan semua institusi pendidikan tinggi di negara ini, dapat bergerak seiring dalam menyokong hasrat dan impian kementeria­n dalam menjulang pendidikan tinggi di Malaysia terutama dalam transforma­si ke arah revolusi Pendidikan Tinggi 4.0.

Sementara itu, Mary berkata melalui dasar pengantara­bangsaan pendidikan tinggi, pintu universiti awam telah dibuka kepada semua pelajar sama ada bagi program sepenuh masa, separuh masa, eksekutif mahupun atas talian.

“Universiti kita tidak lagi berada dalam lingkungan lokal, tetapi menuju ke arah glokal,” katanya.

Manakala Naib Cancelor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata UNIMAS komited dalam mema- jukan sektor pendidikan tinggi di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya agar setanding dengan universiti-universiti lain di rantau ini, sama ada dalam aspek kesarjanaa­n, modal insan mahupun pembanguna­n fizikal universiti.

Justeru, beliau berkata seiring dengan perkembang­an Revolusi Perindustr­ian 4.0, UNIMAS telah mereka bentuk semula kurikulum sedia ada, ke arah pengajaran dan pembelajar­an yang bersifat Pembelajar­an Abad Ke-21.

“Dalam hal ini, UNIMAS telah melangkah sedikit ke hadapan dengan melaksanak­an sepenuhnya beberapa perubahan termasuk pelaksanaa­n iCGPA, CeO@ Faculty, MOOC dan Translatio­nal Research.

“Dalam masa yang terdekat ini juga kita sedang berusaha ke arah perlaksana­an 2u2i, Akreditasi Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman ( APEL), TVET, MYREN-X, Gap Year, Jukebox Education dan sebagainya,” katanya.

Kadim menambah, kepakaran UNIMAS turut diperlukan bagi membantu kerajaan negeri menjayakan agenda ekonomi digital, seperti yang dihasratka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam agenda besarnya menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

 ??  ?? TAHNIAH: Kadim menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2018 di UNIMAS, semalam.
TAHNIAH: Kadim menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2018 di UNIMAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia