Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek curi motosikal direman dua hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes curi motosikal diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Sarjan Karam Singh Karnal Singh dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Karam memberitah­u seorang lelaki telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung kehilangan sebuah motosikal.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 6.50 petang, 7 Mac lalu, semasa balik dari kerja, beliau dapati motosikal milik kakak ipar yang digunakann­ya dan diletakkan di tepi sebuah premis telekomuni­kasi di Pusat Komersil Boulevard di sini dalam keadaan berkunci telah hilang dipercayai dicuri.

Kerugian dianggarka­n lebih RM4,000.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 12.30 tengah hari 8 April lalu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri telah berjaya menahan seorang lelaki di tepi Jalan Kwangtung di sini kerana disyaki terlibat dalam kes itu.

Berikutan tangkapan itu, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya, Karam memberitah­u reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 41 tahun dari Piasau Jaya di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes dan membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman dua hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 11 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia