Utusan Borneo (Sarawak)

Hormati keputusan SPR tetapkan 11 hari berkempen Ia merupakan masa yang singkat, mencabar bagi calon pilihan raya terutama di pedalaman Sarawak: Abdullah

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Tempoh berkempen 11 hari pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan masa yang singkat dan mencabar bagi seseorang calon terutama di kawasan pedalaman dan luas di Sarawak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang berkata demikian bagaimanap­un menambah, semua pihak wajar menghormat­i keputusan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Cabaran calon pilihan raya di luar bandar di Sarawak adalah logistik. Justeru, calon mesti menyediaka­n jadual kempen yang padat dan efektif.

“Bagi calon yang sudah dikenali mungkin mudah sedikit tetapi mungkin mencabar serta sukar bagi calon baharu yang mesti sedaya upaya berkunjung ke setiap pekan, kampung dan rumah panjang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tarikh PRU14 yang diumumkan SPR semalam.

Memandangk­an di Sarawak cuma kerusi Parlimen dipertandi­ngkan, dalam konteks Barisan Nasional (BN), calon tidak menghadapi masalah besar kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak bertanding, sekali gus boleh membantu kempen di kawasan masing- masing.

“Sarawak yang mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 2016, saya yakin jentera pilihan raya di setiap kawasan Parlimen tidak ada masalah untuk membuat persiapan dan bergerak menghadapi PRU dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.

SPR menetapkan hari mengundi pada 9 Mei, manakala 5 Mei undi awal dan penamaan calon pada 28 April.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang berkata tempoh lebih dua minggu dari sekarang hingga hari penamaan calon ada kebaikan.

Parti- parti bertanding mempunyai masa melakukan persediaan jentera dengan rapi dan teratur.

Mereka berpeluang memberi penerangan dengan lebih jelas dan meluas.

Rakyat juga katanya, boleh membuat penilaian dengan tenang dan tidak tergesages­a.

Menurutnya, SPR dan agensi-agensi terbabit dalam pilihan raya dapat membuat perancanga­n daripada aspek logistik dan penghantar­an pasukan petugas pilihan raya dengan lebih cekap.

“Inilah cara yang sesuai untuk demokrasi diamalkan dengan aman, adil dan saksama dan ia berlaku di Malaysia,” jelasnya.

 ??  ?? BERSEDIA: Penguang (duduk, empat kanan) bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus semasa mempengeru­sikan mesyuarat Jentera Pilihan Raya PDP N.76 Marudi bagi Parlimen Baram di sebuah hotel di Miri, semalam.
BERSEDIA: Penguang (duduk, empat kanan) bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus semasa mempengeru­sikan mesyuarat Jentera Pilihan Raya PDP N.76 Marudi bagi Parlimen Baram di sebuah hotel di Miri, semalam.
 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH
 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia