Utusan Borneo (Sarawak)

Demokrasi tidak hanya wujud pada hujung minggu, Abdullah jawab Chong

-

KUCHING: Tarikh mengundi 9 Mei yang jatuh pada hari Rabu ditetapkan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) tidak ada kaitan dengan Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang berkata demikian, berasa pelik dengan kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak Chong Chieng Jen, mengaitkan BN dengan isu penetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kenyataan Chong katanya seolah-olah demokrasi cuma wujud pada hujung minggu dan bukannya Rabu.

“DAP hampir setiap hari bermain politik berbanding berkhidmat kepada rakyat, sepatutnya mereka lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya dan orang ramai pada bila-bila masa.

“Jika mereka merasakan tarikh mengundi tidak memihak kepada mereka berbanding sebaliknya, ia juga membabitka­n BN,” katanya mengulas isu dibangkitk­an Chong, semalam.

Jika DAP berupaya menggerakk­an penyokong BERSIH ketika demonstras­i, tidak mustahil bagi mereka menggerakk­an penyokong mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Tindakan Chong sebenarnya jelas menunjukka­n kerisauann­ya. Beliau sepatutnya berusaha meyakinkan rakyat tentang perjuangan DAP atau Pakatan Harapan.

Sebaliknya beliau sibuk mencari pelbagai alasan yang tidak munasabah dan mula membuat bermacam tuduhan.

Bagi Abdullah, rakyat yang prihatin terhadap masa depan dan kesejahter­aan, mereka akan menunaikan hak sebagai pengundi meskipun ia diadakan pada pertengaha­n minggu.

Menurutnya, rakyat bukan sekadar memilih parti mempunyai rekod perkhidmat­an yang baik malah akan menilai parti menunjukka­n kesungguha­n serta kejujuran untuk memartabat­kan kedudukan negara terutama dalam urusan menjaga kebajikan mereka.

Pengundi juga tidak akan memilih parti yang memiliki perjuangan politik yang rapuh dan gagal menunaikan janji seperti Pakatan Harapan, jelasnya.

“Lihatlah barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang mereka tampilkan, mereka kelihatan pucat dan lesu.

“Apakah rakyat akan memperjudi­kan masa depan mereka dengan kepimpinan seperti Pakatan Harapan?” soalnya.

Mengulas lebih lanjut beliau berkata, DAP dan rakanrakan­nya dalam Pakatan Harapan tidak mempunyai apa-apa yang dapat ditawarkan selain harapan dan janji palsu yang sukar bagi mereka tunaikan.

Falsafah politik DAP dan Pakatan Harapan cuma berkisar tentang hendak manjatuhka­n kerajaan dan mengambil alih tampuk pemerintah­an.

Beliau mengambil contoh pentadbira­n DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor — tidak berupaya mentadbir negeri dengan berkesan — bagaimana pula mereka hendak mentadbir negara?

Chong sejurus pengumuman SPR mengenai tarikh mengundi, berkata BN cuba menipu proses pilihan raya apabila menetapkan 9 Mei sebagai hari mengundi.

Chong yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Bandar Kuching berkata ia cubaan untuk mengelakka­n golongan pengundi muda balik ke tempat asal mereka kerana kekangan kerja.

Pengundi muda mempunyai peratusan yang tinggi dan merupakan penyokong Pakatan Harapan.

“Mereka merupakan mangsa BN yang menetapkan tarikh mengundi pada Rabu. Pengundi muda cuba dihalang hak mereka untuk mengundi,” katanya.

 ??  ?? JANJI KAMI: Cobbold (duduk, dua kiri) dan Patrick (duduk, dua kanan) bersama ahli PBDSB menunjukka­n manifesto mereka pada sidang media di Kuching, semalam.
JANJI KAMI: Cobbold (duduk, dua kiri) dan Patrick (duduk, dua kanan) bersama ahli PBDSB menunjukka­n manifesto mereka pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia