Utusan Borneo (Sarawak)

PDP amat yakin menang majoriti besar di Parlimen Baram: Penguang

-

MIRI: Parti Demokratik Progresif (PDP) amat yakin Parlimen Baram (P220) dapat menang majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.

Pengerusi PDP Marudi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata, keyakinan ini bersandark­an faktor utama iaitu perubahan iklim politik dan perkembang­an semasa yang sudah berubah khususnya di Marudi.

Katanya, BN memenangi kerusi Baram pada 2013 dengan majoriti tipis 194 undi berbanding sebelumnya antara 3,000 hingga 4,000 majoriti.

Penurunan undi majoriti pada 2013 itu dipercayai kerana faktor pertukaran calon pada saat-saat akhir iaitu daripada penyandang­nya Datu Jacob Dungau Sagan kepada Anyi Ngau.

Penguang menambah, manakala pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, krisis dalaman Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan penubuhan TERAS turut menyumbang perpecahan dan mempengaru­hi jumlah undi, jika tidak mereka mampu mencapai majoriti besar.

“Kali ini senario politik sudah berubah khususnya di Marudi dan mungkin di Telang Usan dan Mulu, malah Bario kini di bawah Parlimen Baram.

“Saya optimis Barisan Nasional dapat menang dengan undi majoriti besar,” katanya semasa sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jentera Pilihan Raya PDP N.76 Marudi bagi Parlimen Baram 2018 di sebuah hotel di sini, semalam.

Parlimen Baram mempunyai kira-kira 35,400 pengundi dan daripada jumlah itu, dianggarka­n DUN Marudi 15,600, DUN Telang Usan 10,700 dan DUN Mulu 9,100 pengundi.

Dalam perkembang­an berkaitan, Penguang berkata, PDP telah mengaktifk­an bilik gerakan dan jentera parti bagi kawasan Parlimen Baram untuk menghadapi PRU14.

“Saya mengambil inisiatif ini memandangk­an konstituen­si Marudi memainkan peranan penting untuk memastikan sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang atau sebaliknya.

“Ini adalah tanggungja­wab berat, justeru saya memanggil mesyuarat dan mengaktifk­an jentera pilihan raya PDP sebelum hari penamaan calon,” tambahnya.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri semua ketua cawangan, ketua masyarakat dan ahli Jawatankua­sa Induk PDP dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi (N.76), Telang Usan (N.77) dan Mulu (N.78).

Penguang menambah, mesyuarat tersebut turut membincang­kan isu, antaranya, pengajaran yang diperolehi semasa Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri lalu.

“Pengalaman pilihan raya lalu akan menjadi panduan kepada parti untuk lebih fokus terhadap beberapa perkara bagi memastikan BN menang dengan majoriti besar,” kata Penguang.

“Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg datang ke Marudi tempoh hari, mereka mahu kita menang majoriti besar supaya suara rakyat Baram kuat.

“Saya berharap semua bilik gerakan dan jentera PDP dari Marudi, Telang Usan dan Mulu apabila pulang ke kawasan masing-masing terus bekerja keras dan bekerjasam­a dengan parti komponen BN lain.

“Saya tidak mahu kecewakan harapan dan aspirasi Najib dan Abang Johari,” katanya.

Kira-kira 50 ahli PDP turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia