Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Penduduk Parlimen Igan tetap pilih BN

-

MUKAH: Penduduk di kawasan Parlimen Igan akan tetap memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) ini.

Beberapa penduduk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu salah satu komponen BN di kawasan itu sejak sekian lama.

“Saya memang beri sokongan kepada PBB dan BN, itu memang tidak dapat dinafikan,” kata Ayub Alli, 48, penduduk Kampung Sekaan Kecil, Matu.

Beliau memberitah­u, tempoh lima tahun jika diberi mandat semula untuk BN di kawasan Parlimen Igan adalah satu tanggungja­wab besar bagi wakil rakyatnya di peringkat Parlimen.

“Kami kehausan pembanguna­n dan untuk itu kami perlu wakil rakyat yang dekat dengan kepimpinan pusat (Putrajaya) untuk membawa pembanguna­n di sini,” katanya yang juga setiausaha PBB Cawangan Jemoreng.

Hakikatnya, kawasan Igan memerlukan dana besar untuk keperluan pembanguna­n seperti projek tebatan banjir, pendidikan, pertanian, pendidikan dan lain-lain.

Sementara itu, Penghulu Kampung Igan Rais Lalong, 64, turut mengakui kawasan Igan perlu banyak pembanguna­n terutama saluran dana daripada kerajaan pusat.

“Banyak lagi pembanguna­n harus dilaksana di Igan terutama projek besar-besaran seperti pembinaan jambatan, pertanian moden dan sebagainya,” jelas beliau.

Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu telah banyak membantu namun kapasiti beliau agak terbatas akibat kekangan dana.

Memberi contoh projek benteng pesisir sungai dan pantai dijangka sepanjang tiga kilometer yang perlu dibuat, ia memerlukan kos amat tinggi.

“Kami harap wakil rakyat Parlimen akan membantu dalam semua aspek pembanguna­n demi kebaikan bersama serta generasi masa depan,” katanya.

Parlimen Igan terdiri dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Daro dan Jemoreng.

 ??  ?? AYUB
AYUB
 ??  ?? RAIS
RAIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia