Utusan Borneo (Sarawak)

PBDSB terus berjuang untuk kebaikan rakyat Sarawak, Dayak

-

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) akan terus berjuang untuk kebaikan rakyat Sarawak serta orang Dayak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Justeru, ia telah tampil dengan manifesto tersendiri yang menggarisk­an 44 perkara dengan menekankan mengenai hak dan kebajikan rakyat negeri ini.

Menurut Timbalan Presidenny­a Patrick Anek Uren, Manifesto PBDSB adalah bertujuan memastikan pentadbira­n kerajaan selepas ini adalah adil dan bersih.

“PBDSB adalah sebuah parti kecil. Oleh itu kami tidak membayangk­an diri akan membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

“Apa yang kami mahukan adalah mana-mana pihak yang membentuk kerajaan akan datang lebih adil dan bebas daripada penyalahgu­naan kuasa, kroni dan rasuah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media sempena pengumuman Manifesto PBDSB di sini, semalam yang turut dihadiri Presidenny­a Cobbold John.

Antara perkara yang disenaraik­an dalam manifesto berkenaan adalah menuntut penggunaan ‘ Dayak’ sebagai ‘Bangsa Dayak’ untuk menggantik­an lain-lain atau Bumiputera dalam borang di Malaysia.

Selain itu, ia menuntut kajian menyeluruh dan lengkap dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk bagi mengembali­kan semula status Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

Turut menarik perhatian adalah ‘elaun penjagaan anak’ sebanyak RM1,000 sebulan untuk ibu- ibu yang menganggur dan yang bekerja dengan pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

Malah, parti itu turut menuntut insentif RM1,000 untuk bayi baharu dilahirkan dan insentif perkahwina­n RM2,000 kepada pasangan baharu berkahwin.

Manifesto PBDSB juga menawarkan pendidikan percuma untuk prasekolah, sekolah rendah dan menengah termasuk universiti serta elaun RM500 sebulan untuk murid sekolah rendah dan menengah, manakala pelajar universiti dijanjikan RM1,000 sebulan.

 ??  ?? KHO THIEN SENG
KHO THIEN SENG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia