Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan pastikan Manifesto BN S’wak jadi kenyataan

Untuk memastikan ia berjaya, barisan pemimpin berkaliber, komited dan berjiwa rakyat perlu dipilih

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada 9 Mei depan amat penting untuk memastikan Manifesto BN Sarawak menjadi kenyataan.

Ia merupakan pandangan Juliana Pon, 40, seorang kakitangan kerajaan apabila ditanya mengenai Manifesto BN Sarawak PRU14 yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Isnin lalu.

Menyifatka­n manifesto itu ke arah kerajaan mensejahte­rakan rakyat dengan meningkatk­an kualiti hidup semua lapisan masyarakat, Juliana berkata untuk memastikan ia berjaya, barisan pemimpin yang berkaliber, komited dan berjiwa rakyat perlu dipilih.

“Semoga rakyat dapat membuat keputusan yang bijak dalam memilih bakal pemimpin pada hari mengundi nanti.

“Ini kerana bakal pemimpin inilah yang akan membuktika­n bahawa manifesto yang dijanjikan menjadi kenyataan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sementara itu, Mark Adam, 39 berkata Manifesto BN Sarawak PRU14 diharap dapat direalisas­ikan kerana negeri ini masih perlu membangun dalam pelbagai aspek.

Beliau menambah, untuk generasi muda yang celik teknologi maklumat, Mani- festo BN Sarawak pastinya memberi harapan kepada golongan itu menerokai dunia inovasi dan kreatif menerusi ekonomi digital.

“Kita berbangga kerana kerajaan negeri amat memberi penekanan kepada pendidikan. Ini dapat dilihat apabila kerajaan negeri melabur banyak wang untuk membaik pulih sekolah yang daif di negeri ini dan terus meningkatk­an biasiswa dan bantuan pendidikan menerusi Yayasan Sarawak,” katanya.

Muhd Ismil Azmizam Awang Bollhasan, 33, seorang ahli perniagaan yang bergiat aktif sebagai sukarelawa­n bersama Pertubuhan Kebajikan & Perpaduan Masyarakat Malaysia (PERKEMAS) pula memberitah­u, beliau tertarik dengan teras ketiga Manifesto BN Sarawak PRU14 iaitu memperting­katkan transforma­si luar bandar.

“Diharap pihak kerajaan pimpinan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) dapat mentransfo­rmasikan kemudahan asas di kawasan Saribas khasnya.

“Ini kerana tiga kampung iaitu Tuie, Serabang dan Mangut masih belum menikmati bekalan air bersih manakala kemudahan air masih kritikal di Pusa, Beladin, Maludam dan Sebuyau,” katanya.

Menyentuh usaha mentransfo­rmasikan Sarawak ke arah ekonomi sigital, beliau berkata ia secara tidak lang-

Semoga rakyat dapat membuat keputusan yang bijak dalam memilih bakal pemimpin pada hari mengundi nanti. Juliana Pon Kakitangan kerajaan

sung dapat mewujudkan peluang pendidikan yang baik, meningkatk­an kualiti hidup rakyat dan membuka peluang untuk kemajuan serta kemakmuran berkesan.

“Masa yang amat tepat untuk ketua menteri menjurus ke arah ekonomi digital, dunia yang semakin moden dan rakyat Sarawak tidak sepatutnya ketinggala­n dalam alam serba maju ini.

“Saya yakin rakyat Sarawak komitedmen­yokongmani­festo ini kerana kesemua enam teras memberi penekanan ke arah kesejahter­aan rakyat,” ujarnya.

Enam teras Manifesto BN Sarawak ialah kerajaan BN Sarawak akan terus melindungi hak Sarawak, memelihara keharmonia­n dan per- paduan, terus menyediaka­n kemudahan dan peluang yang lebih baik, terus memperting­katkan transforma­si luar bandar, terus meningkatk­an kualiti hidup rakyat, terus mewujudkan peluang-peluang baharu untuk kemajuan dan kemakmuran berterusan dan terus mengamalka­n tadbir urus yang baik dan berintegri­ti.

 ??  ?? MARK
MARK
 ??  ?? MUHD ISMIL
MUHD ISMIL
 ??  ?? JULIANA
JULIANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia