Utusan Borneo (Sarawak)

Budaya kerja perlu lalui perubahan sejajar perkembang­an teknologi: Naroden

-

KUCHING: Budaya kerja perlu melalui fasa perubahan sejajar dengan perkembang­an teknologi moden dalam usaha meningkatk­an kemahiran dan produktivi­ti pekerja dan organisasi.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais berkata, pemodenan teknologi khususnya perkembang­an Internet telah berjaya mempengaru­hi cara bekerja dalam pelbagai bidang.

“Organisasi dan pekerja harus memahami dan mendalami kaedah baharu itu yang berupaya memberi manfaat kepada mereka.

“Ia termasuk dalam bidang keusahawan­an di mana usahawan mempelbaga­ikan teknik pemasaran dalam usaha meningkatk­an perniagaan,” katanya.

Naroden berkata demikian pada Majlis Penutupan Penyampaia­n Sijil dan Anugerah Team Excellence Peringkat Mini (MTEx) Wilayah Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Program anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak itu membabitka­n 127 peserta daripada 27 organisasi di negeri ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Pengarah MPC Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid.

Mengulas lanjut katanya, ia sejajar dengan inisiatif kerajaan yang kini melaksanak­an dasar ekonomi digital dalam merealisas­ikan pembanguna­n ekonomi yang lebih maju.

“Dengan cara ini, bukan sahaja sistem informasi dan komunikasi pejabat atau kilang yang perlu dinaik taraf, tetapi budaya kerja perlu diubah.

“Kita berjaya meningkatk­an produktivi­ti kita sama di peringkat pekerja atau organisasi, kerana inilah trend dunia sekarang dan masa depan,” katanya.

Menurut Naroden, manusia tidak mempunyai pilihan lain selain berubah ke arah teknologi moden dalam apa juga bidang yang diceburi.

Selaras dengan dasar pembanguna­n Sarawak yang diwujudkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, katanya menerusi platform itu negeri ini akan berdaya saing dan maju dalam apa juga sektor sekali gus bergerak seiring dengan negara maju lain.

Bercakap mengenai program MTEx itu, Naroden berkata penganjura­nnya bertepatan dalam memastikan semua pihak sama ada pekerja atau organisasi sentiasa meningkatk­an produktivi­ti mereka dalam menghadapi cabaran perubahan zaman teknologi terkini.

Ia bertujuan menyediaka­n peluang kepada kumpulan memberi sumbangan idea inovasi atau penambahba­ikan yang memberi impak kepada organisasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia