Utusan Borneo (Sarawak)

Penekanan terhadap pendidikan dalam Manifesto BN amat wajar

-

KUCHING: Menekankan pendidikan sebagai salah satu perkara dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah amat wajar demi meningkatk­an lagi tahap pendidikan di negeri ini.

Naib Canselor Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, pendidikan adalah sangat penting untuk pembanguna­n jangka panjang kepada negeri Sarawak.

“Saya amat gembira kerana pendidikan dimasukkan dalam salah satu perkara di bawah Manifesto BN yang baharu sahaja dilancarka­n.

“Pendidikan adalah satu perkara yang sangat penting lebih-lebih lagi kini jika kita perhatikan di Sarawak ia mempunyai cabaran besar dari segi tahap pencapaian akademik,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semasa Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabang­sa (ISES) 2018 di sini, semalam.

Menurut Khairuddin, ia dapat dilihat melalui keputusan peperiksaa­n awam negeri baru-baru ini, walaupun ada beberapa sekolah yang cemerlang di peringkat kebangsaan tetapi majoriti masih lemah.

Maka itu katanya, wajar pendidikan diberi perhatian serius oleh pihak kerjaan dan menjadikan ia sebagai keutamaan tinggi untuk mela- hirkan warga kerja Sarawak yang berilmu.

“Selain itu di peringkat sekolah ia harus dilihat secara serius terutama sekolah di pedalaman bukan sahaja aspek prasarana, membaiki sekolah, menaik taraf sekolah tetapi dari segi tenaga pengajar, di mana guru mestilah terlatih serta komited.

“Saya merasakan pendidikan itu kalau boleh dijadikan keutamaan tertinggi perjuangan mana-mana parti politik untuk dijadikan satu agenda yang penting bagi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Teknologi UCTS Profesor Dr Mohd Shahril Osman pula menyifatka­n Manifesto BN adalah menjurus kepada pembanguna­n.

Katanya ia memberi peluang kepada semua rakyat lebih maju termasuk pendidikan, infrastruk­tur yang lebih baik, perumahan termasuk khasnya kepada belia.

“Saya juga menyedari bahawa Manifesto BN pada kali ini turut lebih menyentuh kepada golongan muda atau TN50.

“Ia satu perancanga­n yang sangat baik kerana memberi peluang kepada golongan muda terlibat dalam peluang pekerjaan dan peluang ekonomi,” katanya.

Shahril berkata, secara keseluruha­n manifesto yang diumumkan dilihat amat baik kepada rakyat bagi membantu mereka.

“Manifesto ini sememangny­a satu manifesto yang baik tetapi apabila mandat diberikan diharap ia juga dilaksanak­an dan janji ditepati,” katanya.

Pada malam Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN Pusat melancarka­n Manifesto BN PRU14 yang bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ dengan menawarkan 14 teras yang inklusif, komprehens­if dan praktikal iaitu Utama Ibu dan Wanita; Kediaman 1Negaraku; Tiga Juta Kerja; Senyum Sabah dan Sarawak; Pengangkut­an Futuristik; Perkasa Digital; Barangan Malaysia; BR1M Lebih Baharu; Dompet Rakyat; Pendidikan Sesuai Masa Depan; Hidup Sihat; Aman 1Negaraku; TN50 dan Penjagaan Kanak-Kanak Universal.

Sementara itu Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg turut melancarka­n Manifesto BN Sarawak yang bertemakan ‘Transforma­si Sarawak Melalui Ekonomi Digital, Kesinambun­gan dan Peluang- Peluang Baharu’ pada Isnin lepas.

Teras pertama Manifesto BN Sarawak PRU14 ialah BN Sarawak akan terus melindungi hak-hak Sarawak dan memelihara keharmonia­n dan perpaduan, keduanya, terus menyediaka­n kemudahan dan peluang pendidikan lebih baik dan ketiga terus memperting­katkan transforma­si luar bandar.

 ??  ?? SHAHRIL
SHAHRIL
 ??  ?? KHAIRUDDIN
KHAIRUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia