Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia tawar pengecuali­an caj penukaran penerbanga­n untuk tempahan pada 9 Mei

-

KUCHING: Sempena Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-14 (PRU14), AirAsia menawarkan pengecuali­an kepada caj penukaran penerbanga­n untuk tempahan yang tarikhnya jatuh pada hari mengundi 9 Mei untuk memastikan pelan perjalanan anda tidak terganggu.

Tawaran itu menurut kenyatanny­a hanya sah kepada warganegar­a Malaysia dan mestilah dibuat dalam masa 10 hari daripada pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Para penumpang boleh memilih tawaran pilihan iaitu menukar penerbanga­n dengan membuat satu penukaran tarikh untuk semua tempahan tanpa caj tambahan penukaran penerbanga­n untuk menangguhk­an perjalanan sehingga 30 hari dari tarikh perjalanan asal, tertakluk kepada ketersedia­an tempat duduk dan perbezaan tam- bang atau cukai.

Menurut pihaknya, pelanggan juga boleh memilih pilihan kedua iaitu akaun kredit yang mana dengan mengekalka­n nilai tambang dalam akaun ahli AirAsia BIG anda untuk perjalanan pada masa akan datang dengan AirAsia dan ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh dikreditka­n.

“Para penumpang yang ingin menukar tarikh penerbanga­n atau menerima akaun kredit perlu mengisi e-Borang yang boleh didapati di laman support.airasia. com dengan klik pada tab e-mel kami di panel kanan serta pilih pertanyaan atau permintaan di bawah kategori jenis maklum balas.

“Juga perlu diisi pilihan tempahan di bawah sub kategori 1 iaitu pilih GE14 untuk sub kategori 2 serta nyatakan pilihan anda di bawah subjek: GE14 - Tukar Penerbanga­n atau GE14 - Akaun Kredit.

“Lengkapkan borang tersebut dan klik hantar dan bagi penukaran tarikh penerbanga­n, sila nyatakan butiran penerbanga­n baharu (tarikh dan masa), nama penumpang dan hantar salinan MyKad anda.

“Sementara untuk akaun kredit, sila nyatakan nombor keahlian (ID) AirAsia BIG Loyalty dan hantar salinan MyKad anda,” katanya.

Para tetamu yang akan membuat perjalanan dalam tempoh pengundian dinasihatk­an untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelak kesesakan, dan menggunaka­n perkhidmat­an daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka.

Perkhidmat­an tersebut boleh didapati 14 hari sebelum waktu pelepasan dan sehingga 60 minit sebelum pelepasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia