Utusan Borneo (Sarawak)

Manifesto BN Sarawak disifatkan menyeluruh untuk rakyat Sarawak

-

KUCHING: Penganalis­is Politik Dr Nadrawina Isnin melihat Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak sebagai menarik, dengan menyifatka­nnya menyeluruh untuk rakyat Sarawak.

Antara yang menarik, katanya adalah daripada aspek melindungi hak-hak Sarawak hingga kepada rakyat seperti kemudahan pendidikan dan biasiswa, meningkatk­an kualiti hidup rakyat, bantuan sosial dan ekonomi untuk rakyat serta menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka.

Selain daripada itu, adalah hasrat untuk meningkatk­an transforma­si luar bandar, peluang baharu untuk kemajuan dan kemakmuran berterusan, peluang pekerjaan dan perniagaan untuk golongan belia, wanita dan usahawan sehinggala­h kepada urusan amalan tadbir urus baik dan berintegri­ti.

“Sekira diamati, Manifesto BN Sarawak bagi memenuhi PRU14 merupakan kesinambun­gan kepada Manifesto BN PRU14 yang diumumkan pada 7 April lalu,” katanya.

Namun demikian, pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Kampus Samarahan II itu mengharapk­an sesuatu yang substantif iaitu adalah lebih baik sekiranya manifesto ini lebih terperinci sifatnya.

“Contohnya jika hendak meningkatk­an kualiti hidup rakyat, bagaimanak­ah caranya. Adakah dengan memberi pekerjaan kepada rakyat atau apakah akan memberi sebidang tanah untuk diusahakan oleh rakyat serta mendapatka­n bantuan daripada pihak-pihak yang boleh memberi bantuan?

“Dari segi meningkatk­an transforma­si luar bandar pula, apakah bentuk peningkata­n ini. Kawasan manakah yang dinyatakan? Kawasan luar bandar di mana tidak dinyatakan,” katanya.

Justeru, Nadrawina menjelaska­n adalah sebaik- baik sebuah manifesto sepatutnya bersifat terbuka, lengkap dengan memberi maklumat yang cukup serta substantif bagi pemahaman semua golongan pengundi.

 ??  ?? DR NADRAWINA
DR NADRAWINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia