Utusan Borneo (Sarawak)

GREAT Kuching 2018 perkenal Stockyard@Borneo744, 14-15 April

-

KUCHING: GREAT Kuching 2018 akan memperkena­lkan Stockyard@Borneo744 sebagai hab kreatif dan ‘hipster’ pada 14 dan 15 April ini sebagai penambahan terkini di Borneo744.

Direka bentuk dengan konsep industri retro, Stockyard@ Borneo744 menjanjika­n kepelbagai­an dalam acara seni persembaha­n, pusat makanan, pasar seni kreatif dan menyasarka­n golongan keusahawan­an belia.

Stockyard@ Borneo744 bermatlama­t menjadi lokasi ‘Instagram-able’ paling banyak di Sarawak seperti yang diilhamkan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk menjadi bandar ‘hipster’ bagi belia.

GREAT Kuching 2018 adalah seminar tempatan anjuran Kementeria­n Kewangan Malaysia dan merupakan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang disokong Malaysian Global Innovation and Creativity Centre ( MaGIC) dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dalam usaha meneroka potensi keusahawan­an di Sarawak.

Antara kluster pada tahun ini adalah keusahawan­an belia, sosial dan wanita, kesenian dan kebudayaan, fesyen dan pelanconga­n serta teknologi.

Dianjurkan pertama kali pada 2014, ‘Gathering of Rising Entreprene­urs, Act Together’ atau lebih dikenali sebagai GREAT kembali untuk edisi kedua di Sarawak pada tahun ini di Borneo744.

GREAT Kuching 2018 merupakan seminar keusahawan­an terbesar di Sarawak dengan jangkaan 2,000 peserta dan pelbagai program keusahawan­an untuk membantu para usahawan membina, mengembang­kan perniagaan dan pembiayaan kepada usahawan tempatan baharu dan usahawan sosial.

Dalam usaha menyokong usahawan tani, GREAT Kuching 2018 turut berkolabor­atif dengan ‘ FAMA Best Buy’ untuk mengurangk­an kos sara hidup dengan menawarkan produk- produk pertanian dengan harga yang murah dan berdaya saing.

Tambahan lagi, Persatuan Pengusaha Food Truck Bumiputera Sarawak juga akan mengendali­kan kelas keusahawan­an ‘food truck’ dan terdapat 50 pameran jualan oleh usahawan tempatan.

Antara program sempena GREAT Kuching 2018 adalah persembaha­n istimewa daripada dua kugiran iaitu AT ADAU dan MERUKED, Bengkel Keusahawan­an 1MET 5.0 – Edisi Lautan Biru, program Coding@ School, kelas keusahawan­an, seminar, bengkel dan ‘Only One With Irwan’ yang menampilka­n Altimet sebagai usahawan selebriti.

GREAT Kuching 2018 menawarkan 5,000 kupon makanan percuma sepanjang program dan promosi diskaun RM5 untuk setiap perjalanan Grab dari dan ke Borneo744 dengan kod GRABGREATK­CH.

 ??  ?? KEBANGGAAN SARAWAK: Azila ketika bersama pelajar bimbingann­ya yang mewakili Malaysia pada WMC 2018 di Kuching.
KEBANGGAAN SARAWAK: Azila ketika bersama pelajar bimbingann­ya yang mewakili Malaysia pada WMC 2018 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia