Utusan Borneo (Sarawak)

JPN tidak berkomprom­i terhadap individu salah guna dokumen pengenalan diri

-

KUCHING: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) tidak akan berkomprom­i terhadap individu atau pihak yang menyalahgu­nakan dokumen pengenalan diri.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ini kerana penyalahgu­naan dokumen pengenalan diri adalah satu kesalahan yang amat serius.

“Saya sebagai menteri bertanggun­gjawab ke atas JPN (Sarawak), ingin berpesan kepada orang ramai dan penduduk di negeri ini bahawa penyalahgu­naan dokumen pengenalan diri, satu kesalahan yang amat serius.

“JPN tidak akan berkomprom­i dan sentiasa proaktif menjalanka­n penguatkua- saan secara berterusan bagi menyekat cubaan manamana individu bertujuan menyalahgu­nakan dokumen pengenalan diri dikeluarka­n oleh JPN,” tegasnya.

Fatimah berkata di bawah Peraturan 25 (Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2007) adalah menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan denda jika didapati bersalah menyalahgu­nakan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Beliau berkata semalam, Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan JPN Sarawak menjalanka­n pendakwaan di Mahkamah Majistret Kuching terhadap seorang wanita berasal dari Indonesia.

Katanya pendakwaan itu dibuat kerana wanita berkenaan, Clara Banita Ena, 40, ditahan atas cubaan membuat permohonan gantian kad pengenalan menggunaka­n sijil kelahiran milik orang lain.

Wanita berkenaan tel- ah didapati bersalah oleh Mahkamah Majestret Kuching dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan, tambahnya.

“Saya ingin mengingatk­an orang ramai agar memastikan dokumen pengenalan diri milik mereka dipelihara serta dijaga dengan selamat dan memastikan dokumen itu tidak disalah guna oleh orang lain,” ujarnya.

Berdasarka­n fakta kes, Clara telah menggunaka­n daftar kelahiran milik Lily Mang dan cuba membuat permohonan gantian kad pengenalan hilang menggunaka­n sijil lahir milik penama.

Dia dikenakan penjara enam bulan bermula semalam (10 April) di bawah peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2007).

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia