Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Kualiti Udara Bersih Ke-10 akan diadakan di Kuching

-

KUCHING: Acara dwitahunan Persidanga­n Kualiti Udara Bersih Ke-10 (BAQ) akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 14 hingga 16 November ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, persidanga­n itu dianjurkan bersama Clean Air Asia bersama Persatuan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS), Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.

“Adalah tepat pada masanya Kuching menjadi tuan rumah persidanga­n ini kerana ia akan membantu mengukuhka­n lagi komitmen Sarawak dan Malaysia ke arah persekitar­an yang lebih bersih,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada pertemuan dengan jawatankua­sa pengan- jur BAQ 2018 semalam.

“BAQ 2018 dilihat sebagai acara terkemuka di Asia mengupas isu kualiti udara dan akan memberi tumpuan kepada inovasi transforma­si dan inovasi teknologi di Asia untuk udara bersih di kawasan bandar yang menjurus kepada keutamaan antarabang­sa untuk mencapai matlamat pembanguna­n mampan, Perjanjian Iklim Paris dan Agenda Bandar Baharu,” kata Pengerusi BAQ 2018 Dr Noor Zaitun Yahaya semalam.

Beliau menambah bahawa BAQ 2018 dijangka menarik sekitar 600 hingga 700 peserta, dengan separuh daripadany­a merupakan warga asing dari seluruh dunia.

Dengan tema ‘Tindakan Serantau, Impak Global’, persidanga­n itu akan melihat sesi pleno, forum dan sesi pemecahan dan dialog mengenai pelbagai topik termasuk ‘Kualiti Udara dan Perubahan Iklim’, ‘Tenaga Bersih dan Kualiti Udara Lebih Baik’ dan ‘Penyelesai­an Bandar Untuk Udara Bersih’.

Di samping itu, terdapat juga lawatan teknikal dan lawatan tapak serta Majlis Makan Malam Gala dan Majlis Anugerah Kong Ha - satu anugerah khas yang diberikan sebagai penghormat­an kepada orang yang mempunyai tanggungja­wab untuk merumuskan dasar berkaitan pengurusan kualiti udara hari ini di Asia.

Buat kali pertama dalam sejarah BAQ, anugerah tahun ini juga layak untuk bandar- bandar yang telah menunjukka­n hasil kerja serta menjadi teladan dalam menangani masalah pencemaran udara selain berusaha meningkatk­an kualiti udara di bandar yang didiami.

Di samping itu, peserta yang berminat untuk membuat persembaha­n lisan atau poster kini dijemput mengemukak­an penyelidik­an saintifik terkini, penyelesai­an inovatif dan pintar yang berfungsi atau boleh disesuaika­n dengan konteks kualiti udara. Tarikh akhir untuk penyerahan adalah 15 Mei depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai BAQ 2018, sila layari www. baq2018. org atau e-mel cleanairma­laysia@ gmail.com.

 ??  ?? KENANGAN: Awang Tengah (tengah) bersama Dr Noor Zaitun, Kontroler Sumber Asli dan Lembaga Alam Sekitar Sarawak Peter Sawal, Profesor Dr Mohamed Rehan Karim daripada Persatuan Udara Bersih Malaysia, Pengarah Air Bersih Asia Glynda Bathan dan ahli...
KENANGAN: Awang Tengah (tengah) bersama Dr Noor Zaitun, Kontroler Sumber Asli dan Lembaga Alam Sekitar Sarawak Peter Sawal, Profesor Dr Mohamed Rehan Karim daripada Persatuan Udara Bersih Malaysia, Pengarah Air Bersih Asia Glynda Bathan dan ahli...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia