Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera jangan jadi penyebar berita palsu Pastikan terlebih dahulu kesahihan berita diterima sebelum menyebarka­nnya kepada pihak lain

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Anggota tentera diingatkan agar tidak menjadi tukang sebar berita palsu kerana perbuatan sedemikian boleh memakan diri sendiri.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata setiap hari kita didedahkan dengan dunia siber, sebaik-baiknya pastikan terlebih dahulu kesahihan berita yang diterima sebelum menyebarka­nnya kepada pihak lain.

“Apabila dengar sesuatu yang dicakapkan, sahkan terlebih dahulu kepastiann­ya untuk mengelak diri daripada menjadi tukang sebar berita palsu yang kemudian hari boleh dikenakan tindakan undang- undang,” tegas beliau.

Affandi menegaskan demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Batalion 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20RAMD) Kem Sri Miri di sini, pagi semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira

Apabila dengar sesuatu yang dicakapkan, sahkan terlebih dahulu kepastiann­ya untuk mengelak diri daripada menjadi tukang sebar berita palsu yang kemudian hari boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor Panglima Angkatan Tentera

MohdZakiMo­khtar, Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Datuk Abdul Wahab dan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Dalam majlis yang sama, beliau turut meminta para anggota agar sentiasa menjaga kesatuan untuk membolehka­n mereka bekerja sebagai satu kumpulan demi membina kekuatan yang utuh.

“Apabila wujudnya satu kekuatan, nescaya kita dapat menyempurn­akan tugas dan tanggungja­wab dengan penuh amanah.

“Baik dalam strategi keselamata­n, kita harus mempunyai kekuatan dan kekuatan ini akan dapat memberikan kita kelebihan jika kita mempunyai keterampil­an yang sewajarnya,” katanya.

Malah menurut Affandi, anggota tentera telah dilatih agar suatu hari nanti sekiranya mereka perlu menggadaik­an nyawa, mereka akan mengabdika­n diri demi berkorban untuk bangsa dan negara yang tercinta.

Dalam pada itu beliau berkata, 139 unit RKAT telah siap dibina di Kem Sri Miri di sini.

Katanya, projek pembinaan rumah keluarga anggota tentera itu yang menelan belanja RM55.9 juta mula dibina pada 7 April 2015 dan siap sepenuhnya pada 3 Mac 2017.

Antara lain katanya, projek RKAT ini dirangka bertujuan menyediaka­n pelan pembanguna­n perumahan untuk para anggota tentera dan keluarga mereka sehingga tahun 2030 dalam memastikan kebajikan golongan ini terus terpelihar­a tanpa kompromi.

Malah katanya, ia bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran tentera dan ahli keluarga mereka.

“Sekurang- kurangnya, para anggota tentera yang pergi operasi dapat berasa tenang kerana mengetahui ahli keluarga yang ditinggalk­an hidup dalam keadaan selesa dengan adanya RKAT seperti ini,” katanya sambil meminta penghuni RKAT agar menjaga kemudahan sedia ada agar dapat diwariskan kepada generasi penghuni seterusnya kelak.

Affandi kemudianny­a menyerahka­n replika kunci kepada empat penerima yang mewakili blok kediaman masing-masing.

Sementara itu, seorang penghuni di RKAT Kem Sri Miri, Koperal Mohamad Hafiz Haiqal, 29, melahirkan rasa syukur kerana diberi kemudahan perumahan yang selesa.

“Saya amat berpuas hati dan bersyukur dengan kemudahan perumahan yang diberikan seperti ini berbanding rumah lama yang telah uzur,” katanya yang berasal dari Sungai Rambai, Melaka dan telah berkhidmat selama enam tahun dalam bidang ketenteraa­n.

Katanya, unit kediaman itu yang mempunyai tiga bilik dan dilengkapi perabot amat selesa untuk didiami bersama isteri dan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan dua tahun. SIBU: Chambai Lindong kekal sebagai pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu pada pemilihan jawatankua­sa tiga tahun sekali Ahad lalu.

Timbalan pengerusi SDNU Sibu bagi sesi 2018- 2020 pula disandang Johnady Janton, manakala Samuel Sila Mathew Unjah dilantik sebagai setiausaha dan Sammy Dennis dipilih sebagai timbalan setiausaha.

Sayong Ambor pula dipilih sebagai bendahari yang turut dibantu Athanasius Jala yang dilantik sebagai timbalan bendahari.

Ahli jawatankua­sa SDNU Sibu pula terdiri daripada lima ahli kesatuan iaitu Edwin Burong, Jawi Anom, Edwin Maring, Raymond Menjang dan Anyi Angking.

Sesi pemilihan yang diadakan di sebuah hotel di sini disaksikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Agung SDNU Datuk Alice Jawan dan Bendahari Agung SDNU Christophe­r Gira Sambang.

Dalam pada itu, SDNU kini rancak membuka ruang kepada golongan muda untuk memikul tanggungja­wab berbakti kepada kesatuan.

Ini kerana ramai antara exco SDNU Sibu ketika ini berusia antara 30 hingga 40 tahun.

 ??  ?? JAGA BAIK-BAIK: Affandi (dua kiri) menyerahka­n buah tangan kepada Hafiz dan keluarga sambil disaksikan Stephen (kiri) dan Abdul Rahim (dua kanan) ketika melawat unit kediaman anggota terbabit di Kem Sri Miri semalam.
JAGA BAIK-BAIK: Affandi (dua kiri) menyerahka­n buah tangan kepada Hafiz dan keluarga sambil disaksikan Stephen (kiri) dan Abdul Rahim (dua kanan) ketika melawat unit kediaman anggota terbabit di Kem Sri Miri semalam.
 ??  ?? PRIHATIN: Abang Mos (kanan) bersama Tutu dan isterinya selepas penyerahan sumbangan kerusi roda semalam.
PRIHATIN: Abang Mos (kanan) bersama Tutu dan isterinya selepas penyerahan sumbangan kerusi roda semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia