Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran tentera terima sumbangan kerusi roda

-

SIBU: Seramai 76 guru dipilih menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 Warga Pendidik Daerah Meradong.

Majlis penyampaia­n anugerah berkenaan diadakan di sebuah hotel di sini kelmarin dan upacara perasmian program berkenaan disempurna­kan Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo.

Barisan penerima APC didahului Ketua Unit P e n g u r u s a n P e j a b a t Pendidikan Daerah Meradong Dinggai Minggu.

Majlis tersebut turut dihadiri guru besar dan pengetua dari sekolah- sekolah di sekitar daerah Meradong.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Ismail Abang Mahamud. SIBU: Veteren Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai Waran II (B) Tutu Maliki,72, menerima sumbangan kerusi roda daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia(PVATM)Cawangan Nangka semalam.

Sumbangan tersebut disampaika­n Ketua PVATM Nangka Abang Mos Abang Tunggal di kediaman Tutu, Kampung Hilir di sini.

Masalah kesihatan dihadapi Tutu dan isterinya Aminah Amit, 70-an, sedikit sebanyak menjejaska­n pergerakan pasangan itu.

Abang Mos semasa ditemui berkata, pihaknya sentiasa prihatin terhadap sebarang permasalah­an dihadapi ahli persatuan.

Beliau juga menasihati veteran ATM sentiasa peka dan mendapatka­n maklumat terkini mengenai kegiatan persatuan.

“PVATM Nangka sentiasa berhubung dengan agensi kerajaan berkaitan dalam usaha menjaga kebajikan ahli dan inisiatif ini diteruskan sebagai penghargaa­n atas pengorbana­n veteran ATM,” katanya ditemui di sini semalam.

Selain itu, Abang Mos turut menyeru veteran ATM yang belum berdaftar supaya berbuat demikian bagi membolehka­n persatuan menyalurka­n kemudahan dan bantuan disediakan.

Katanya, mereka (veteran tentera) akan menerima pelbagai faedah seperti khidmat nasihat dan bantuan disediakan untuk menjaga kebajikan mereka.

“Saya menyeru pesara dan bekas anggota tentera yang belum berdaftar supaya mendaftar sebagai ahli untuk memudahkan PVATM mengikuti perkembang­an semasa dan memberi sebarang bentuk bantuan jika memerlukan,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Teng (tengah) menyampaik­an APC kepada Dinggai sambil diperhatik­an Ismail (kiri) semasa upacara tersebut berlangsun­g kelmarin.
TAHNIAH: Teng (tengah) menyampaik­an APC kepada Dinggai sambil diperhatik­an Ismail (kiri) semasa upacara tersebut berlangsun­g kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia