Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin anjur iFEST di Dataran Kipas pada 27 April

-

SIBU: Pasukan Rancangan Sibu 1.0 ( RS1) diketuai Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong membantu tiga warga emas kurang upaya di Kampung Sentosa, Salim di sini semalam.

Tiga warga emas terbabit ialah Alus Gani, 67, Majnah Derahman, 71 dan Hadiah Hassan, 74.

Ketiga-tiga mereka turut mengalami masalah tidak dapat berjalan sejak sekian lama.

RS1 menderma kerusi roda kepada mereka bertiga dan mereka sangat teruja serta gembira dengan pemberian tersebut.

Turut serta Andrew Ting yang merupakan ahli jawatankua­sa RS1.

Aktiviti kebajikan ini sering dijalankan oleh RS1 bagi mendekatka­n diri mereka dengan rakyat. MIRI: Buat pertama kalinya setelah 14 tahun, festival budaya iFEST (Internatio­nal Festival) yang menampilka­n pelbagai warganegar­a yang menjadi pelajar Curtin University Malaysia, di mana ia dianjurkan di luar kampus.

Pengerusi penganjur Taefuma Mujaji berkata, pada tahun ini aktiviti tersebut diadakan di Dataran Kipas Miri pada 27 April ini bermula jam 4 petang hingga 9 malam.

“Kami ada pelajar daripada 50 negara akan terlibat.

“Kami ada gerai pameran yang setiap satunya menampilka­n kebudayaan negara asal pelajar,” jelasnya kepada pemberita semasa pertemuan dengan Datuk Bandar Adam Yii di Majlis Bandaraya Miri ( MBM) semalam.

Selain Malaysia, antara pelajar luar negara yang mengesahka­n penyertaan adalah warga Indonesia, India, Bangladesh, Zimbabwe, Sri Lanka, Pakistan, Maldives, Nigeria, Tanzania, Zambia, Mozambique, Mauritius, China, Syria, Yaman, Mesir, Somalia, Sudan, Vietnam, Filipina, Brunei, Thailand, Australia dan Korea Selatan.

Terbuka kepada semua, pengunjung juga diperkenal­kan dengan pelbagai jenis juadah dari setiap negara yang mengambil bahagian.

“Kemuncak festival ialah persembaha­n kebudayaan dan pertunjuka­n fesyen pakaian tradisiona­l daripada pelajar, di mana ia melibatkan nyanyian dan tarian,” jelas Taefuma yang juga naib presiden Persatuan Pelajar Antarabang­sa (ISA).

Naib pengerusi penganjur Mohammed Hawadleh berkata, sudah tiba masanya aktiviti seperti ini dibawa ke luar kampus dan peluang terbaik memperkena­lkan secara lebih dekat tujuan penganjura­nnya kepada penduduk Miri.

Beliau yang juga presiden ISA berkata, aktiviti tersebut merupakan peluang terbaik kepada pelajar untuk menunjukka­n kepelbagai­an budaya dalam kalangan pelajar Curtin.

Dianjurkan sejak 2004, aktiviti itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan kehadiran 1,000 pengunjung setiap tahun.

Ia dianjurkan ISA Curtin dengan kerjasama Majlis Pelajar Curtin Malaysia, seiring dengan peranan Curtin sebagai kampus bertaraf antarabang­sa dan hab pendidikan di Asia.

Selain memperkena­l budaya luar, Adam mahu pelajar berperanan sebagai duta kepada Miri untuk mempromosi­kan Miri kepada rakan dan keluarga di negara asal.

Penganjura­n iFest lebih terbuka kepada orang awam dalam membantu mempelbaga­i aktiviti dan memeriahka­n suasana pelanconga­n di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang iFest, kunjungi laman Facebook @ internatio­nalsa2018 dan Instagram @official_isacurtinm­y.

Hadir sama semalam, Ketua Pegawai Operasi Curtin Kingsley Francis Charles dan Ketua Bahagian Antarabang­sa Curtin Samson Philip.

 ??  ?? MARI JAYAKANNYA: (Duduk dari kiri) Mohammed, Taefuma, Adam, Kingsley dan Samson bersama kaunselor dan pelajar Curtin di MBM semalam.
MARI JAYAKANNYA: (Duduk dari kiri) Mohammed, Taefuma, Adam, Kingsley dan Samson bersama kaunselor dan pelajar Curtin di MBM semalam.
 ??  ?? BANTU: Wong (belakang) dan Ting (kanan) membantu salah seorang penerima kerusi roda di Sibu semalam.
BANTU: Wong (belakang) dan Ting (kanan) membantu salah seorang penerima kerusi roda di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia