Utusan Borneo (Sarawak)

‘Datuk’ dan isteri didakwa terima wang RM46,200 tanpa lesen

-

KLANG: Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM46,200 daripada orang awam tanpa lesen sah dua tahun lepas.

Tertuduh, Datuk M. Pandeyan, 57, dan isteri Datin P. Gauvri, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama menerima deposit daripada orang awam berjumlah RM46,200 tanpa lesen yang sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013 (Akta 758), di sebuah bank di Bandar Baru Klang di sini, antara Julai hingga September 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta tersebut dan boleh dihukum di bawah Seksyen 372 akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, pasangan tersebut boleh didenda sehingga RM50 juta atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya S. Nithtia yang mengendali­kan pendakwaan memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada pasangan itu kerana kesalahan yang dilakukan mereka adalah berat.

Peguam kedua- dua tertuduh, D. Govin bagaimanap­un memohon mahkamah menetapkan jumlah jami- nan yang rendah terhadap kedua- dua anak guamnya itu memandangk­an nilai kerugian mangsa tidak terlalu besar.

Malah, katanya, Pandeyan yang mempunyai perniagaan sendiri menghidap sakit jantung manakala Gauvri, seorang suri rumah pula didiagnos asma dan sinus.

Hakim Unaizah kemudian membenarka­n pasangan suami isteri itu dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dengan penjamin yang berbeza dan menetapkan 10 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut mengarahka­n mereka menyerahka­n pasport masing- masing kepada mahkamah sehingga kes selesai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia