Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah amanah: Bekas pengarah syarikat dipenjara tiga tahun

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat kejurutera­an dan pembinaan dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM18.9 juta, 11 tahun lalu.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhka­n hukuman itu terhadap J. Alan Rajendram, 62, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan ia perlu berjalan secara serentak bermula 23 Mac 2018,” kata Hasbullah.

Sebelum ini, pada 23 Mac lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan memberi kenyataan palsu kepada Bursa Saham Malaysia.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Alan Rajendram didakwa iaitu sebagai pengarah LFE Corporatio­n Bhd dan LFE Internatio­nal Limited yang telah dia- manahkan dengan penguasaan wang berjumlah RM18.9 juta, yang merupakan wang syarikat itu, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas wang tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Standard Chartered Bank Berhad, Jalan Ampang di sini antara 4 dan 11 Januari 2007 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu, peguam Har- vinderjit Singh yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara berjalan secara serentak bagi kedua- dua pertuduhan itu bermula 23 Mac 2018 dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia Aimi Khalidah Mohd Puzi tidak membantah.

Sepanjang perbicaran bermula pada 2010, seramai 35 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia