Utusan Borneo (Sarawak)

Kedudukan hakim perlu diperkukuh dengan pengetahua­n terrorisme

-

TUARAN: Hakim- hakim mahkamah seantero dunia perlu diperkukuh dengan ilmu pengetahua­n luas agar dapat membuat keputusan tepat dan adil dalam kes-kes keganasan, kata Penasihat Undang-Undang Kedutaan AS Karyn Kenny.

Wanita itu berkata, selaku penimbang tara muktamad, hakim-hakim boleh menyampaik­an isyarat kepada organisasi pengganas bahawa badan kehakiman adalah kukuh, berilmu dan aktif dalam usaha membantera­s terrorisme.

“Sama ada hakim Amerika atau hakim Malaysia, badan kehakiman bukan sahaja merupakan bahagian penting daripada undang-undang dunia, tetapi juga daripada perjuangan kita menentang terrorisme.

“Bagi saya, sebagai seorang pendakwa, bila hakim sedar dan maklum mengenai apa yang sedang berlaku, ini akan membawa kepada prosiding yang lebih kukuh dan adil,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Bengkel Pembiayaan Kaunter Terrorisme Kehakiman Malaysia Timur di sini semalam.

Pembukaan bengkel itu, anjuran Pejabat Bantuan dan Latihan Pembanguna­n Pendakwaan Seberang Laut (OP- DAT) Jabatan Kehakiman AS, dilakukan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Kenny juga berkata agensi penguat kuasa undang-undang hendaklah turut memantau pihak pengawal seperti akauntan, broker insurans dan pengurus wang, yang tahu tentang bagaimana dana digunakan.

“Bila tindakan keganasan berlaku, dan bila berlaku pertumpaha­n darah dan orang menghadapi maut, bila individu berkenaan dihadapkan ke mahkamah, mereka dikenakan hukuman berat seperti 20 atau 30 tahun ( penjara) atau kadangkala hukuman mati.

“Mesej kita ialah pembiayaan tindakan sebegitu membenarka­n pertumpaha­n darah. Jadi bila kita menjatuhka­n hukuman dalam kes-kes kewangan untuk melakukan keganasan, mereka (pembiaya keganasan) harus dikenakan jumlah masa yang sama.

‘‘Seperti seseorang yang menulis cek, anda pula sedia memetik picu. Tidak ada perbezaann­ya,” kata beliau.

Pakar Undang-Undang Jenayah dan Advokasi Perbicaraa­n AS John W. Vaudreuil berkata pengganas adalah gerombolan ganas yang tersu- sun, tetapi mereka boleh dikalahkan jika masyarakat lebih bersatu menentang mereka.

Sementara itu, Malanjum berkata bengkel itu boleh mencetuska­n kesedaran hakim-hakim Malaysia tentang apa yang sedang berlaku di serata dunia dan mereka tidak rasa terasing dengan aktiviti pengubahan wang haram bagi menampung keganasan.

“Kita tidak mahu terperangk­ap dengan terlalu banyak kes, kemudian kita tidak tahu apa hendak dilakukan. Ini (bengkel) mempersiap­kan kita terhadap sebarang kemungkina­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIPERKUKUH: Malanjum (kiri) dan Kenny pada Seminar ‘East Malaysia Counter Terrorism Financing Workshop’ semalam.
— Gambar Bernama DIPERKUKUH: Malanjum (kiri) dan Kenny pada Seminar ‘East Malaysia Counter Terrorism Financing Workshop’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia