Utusan Borneo (Sarawak)

Kesemua mereka berada dalam pemantauan pihak polis, kata KPN

-

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) mengenal pasti 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi menimbulka­n kekacauan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Katanya, daripada 171 kawasan panas pula, sebanyak 31 kawasan adalah di Terengganu.

“Kesemua mereka berada dalam pemantauan pihak polis. Kita bukan nak menimbulka­n ketakutan atau ugut sesiapa tapi kita nak pastikan mereka ini yang berpotensi menimbulka­n kekacauan tid- ak akan menimbulka­n masalah semasa perjalanan proses pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis apresiasi bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempena Hari Polis ke 211 yang turut dihadiri, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail di sini semalam.

Mohamad Fuzi berkata 25 peratus daripada 3,500

Kita juga telah sediakan masingmasi­ng dua pasukan untuk anggota Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) bagi memastikan pilihan raya ini berjalan

terkawal. ” dengan selamat dan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

anggota polis di seluruh Terengganu akan digembleng untuk memastikan perjalanan PRU14 berjalan lancar di seluruh negeri ini.

“Manakala 25 peratus lagi anggota akan kekal men- jalankan kerja-kerja hakiki harian.

“Kita juga telah sediakan masing-masing dua pasukan untuk anggota Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam ( PORU) bagi memastikan pilihan raya ini berjalan dengan selamat dan terkawal,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa Terengganu adalah negeri yang amat aman untuk perjalanan PRU14 setakat ini, malah kadar indeks jenayah juga berjaya dikurangka­n lebih 30 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Bagaimanap­un, itu bukanlah bermaksud tiada insiden akan berlaku di Terengganu pada PRU14 nanti, cuma kita ingin tegaskan bahawa semua persediaan rapi telah dibuat termasuk kekuatan anggota dan aset bagi memastikan pengundi dapat keluar dengan selamat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENAL PASTI: Mohamad Fuzi pada sidang media selepas Majlis Apresiasi dan Penyampaia­n Sumbangan Tabung Warisan Polis di Wisma Darul Iman semalam.
— Gambar Bernama KENAL PASTI: Mohamad Fuzi pada sidang media selepas Majlis Apresiasi dan Penyampaia­n Sumbangan Tabung Warisan Polis di Wisma Darul Iman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia