Utusan Borneo (Sarawak)

12 Nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

-

PEKAN: Dua belas nelayan warga Vietnam termasuk seorang tekong ditahan ketika sedang menangkap hasil laut secara haram di perairan negara, kira-kira 29 batu nautika di perairan Kuala Pahang, malam kelmarin.

Dalam operasi bersepadu melibatkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan pada 9.30 malam itu, pihak berkuasa mengesan sebuah kapal kargo yang berada dalam keadaan mencurigak­an di perairan tersebut.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata hasil pemeriksaa­n mendapati kapal kargo berkenaan didaftarka­n di Mongolia, namun tidak mempunyai permit kargo sah.

“Berikutan itu, pihak berkuasa menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut dan menemui kira- kira 500 kilogram sotong yang dipercayai ditangkap, disimpan dan diproses tanpa permit yang sah,” katanya kepada pemberita di Jeti Kuala Pahang di sini semalam.

Susulan itu, pihaknya menahan kesemua 12 kru kapal berkenaan yang berumur 19 hingga 52 tahun untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Perkapalan Saudagar 1952.

Selain itu, APMM turut merampas dan menyita hasil laut dan kapal kargo berkenaan yang dianggar bernilai RM1.5 juta

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n bot terbabit adalah bot induk mengutip hasil tangkapan daripada botbot nelayan yang menangkap ikan di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia untuk dibawa ke negara jiran.

“Selepas mengutip hasil secara haram di perairan negara ini, mereka dipercayai mengekspor­t hasil tersebut ke negara- negara Eropah bagi memperoleh keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada komuniti maritim terutamany­a nelayan setempat yang mempunyai maklumat atau ternampak penceroboh­an nelayan asing agar menyalurka­n aduan kepada APMM dengan segera.

Katanya sebarang aduan berkaitan pelanggara­n undang-undang perairan negara boleh dibuat melalui talian 095717345, MERS 999 atau hadir di mana-mana pejabat APMM berdekatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia