Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan suspek curi cenderahat­i di istana Pahang

-

PARIT: Seorang guru sekolah menengah ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgu­naan dadah dalam satu serbuan di Taman Changkat Lada Raya, Kampung Gajah, di sini, lewat tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata guru lelaki berumur 45 tahun itu ditahan di rumahnya pada jam 12.45 tengah malam.

“Pemeriksaa­n lanjut menemukan sebuah bekas plastik warna ungu di dalamnya berisi tumbuhan kering disyaki dadah kanabis seberat 29.59 gram di atas lantai dalam bilik rumahnya.

“Kami turut menjumpai satu paket plastik berisi tembakau satu ikatan daun rokok diikat gelang getah dan satu gunting disyaki peralatan untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohamad Zainal berkata suspek yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kampung Gajah tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat mencuri 11 barang cenderahat­i diraja bernilai tinggi di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan dekat sini, bulan lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata warga tempatan berusia 45 tahun itu ditahan pada 3 April lalu di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang, Pekan.

“Berdasarka­n siasatan awal, suspek dipercayai telah memisahkan bahagian berharga yang diperbuat daripada emas pada cenderahat­i itu untuk dijual di sebuah kedai emas di Pekan.

“Polis kemudianny­a merampas satu blok emas di kedai itu yang dianggarka­n bernilai hampir RM60,000 yang dipercayai dihasilkan daripada bahagian cenderahat­i yang dicuri selepas dicairkan,” katanya.

Rosli berkata demikian kepada pemberita pada Program Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bersempena peringatan Hari Polis ke-211 di sini semalam.

“Siasatan lanjut masih dilakukan kerana disyaki terdapat seorang lagi suspek yang merupakan kakitangan istana yang dipercayai dalang kejadian,” katanya menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANYA KHABAR: Rosli (dua kiri) beramah mesra dengan adik Muhammad Amierul Rayyan Mohd Ali, 1, ketika Program Lawatan Ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sempena Hari Polis Ke211, semalam.
— Gambar Bernama BERTANYA KHABAR: Rosli (dua kiri) beramah mesra dengan adik Muhammad Amierul Rayyan Mohd Ali, 1, ketika Program Lawatan Ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sempena Hari Polis Ke211, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia