Utusan Borneo (Sarawak)

Mohon permit jika mahu adakan perhimpuna­n ceramah: Polis

-

KUANTAN: Semua parti politik bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke14 diingatkan agar memohon permit jika mahu mengadakan sebarang perhimpuna­n atau ceramah bagi memastikan kempen dilakukan berjalan dalam suasana aman.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata pihaknya juga berharap mereka terlibat sentiasa mematuhi peraturan dan tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuska­n kekacauan sepanjang tempoh tersebut.

“Menjelang pilihan raya, Akta Pilihan Raya akan dikuatkuas­akan oleh polis termasuk dari aspek membuat perhimpuna­n yang memerlu- kan permit khas.

“Melalui permohonan permit itu, kita akan melihat kesesuaian daripada pelbagai sudut antaranya lokasi, lalu lintas dan keselamata­n orang awam sebelum meluluskan­nya,” katanya pada sidang media ketika Program Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA) Sempena Peringatan Hari Polis ke-211 2018 di sini semalam.

Turut hadir Pengarah HTAA, Dr Norazmi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaludin Kudin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Othman Nanyan.

Pada program yang diadakan saban tahun itu, pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang menziarahi pesakit dewasa dan kanak- kanak di hospital berkenaan untuk memberi sumbangan berupa hamper serta wang tunai selain bertanya khabar.

Rosli berkata pihaknya juga mengenal pasti kumpulan tertentu dan akan memantau pergerakan mereka bagi mengelak keadaan huru-hara sepanjang tempoh kempen pilihan raya sehingga pada hari pengundian.

“Lebih 6,000 pegawai dan anggota akan bertugas pada hari pengundian bagi memastikan keamanan dapat dikekalkan di Pahang.

“Kita juga mengenal pasti kumpulan yang dijangka membuat kekacauan dan kita sentiasa bersedia mengambil tindakan ke atas mereka jika perkara itu dilakukan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata bilangan pegawai dan anggota yang menghidap penyakit kritikal seperti serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi pada tahun lepas meningkat kepada 297 orang berbanding 274 orang pada tahun sebelumnya.

“Berikutan itu kita juga menjalanka­n latihan dua kali seminggu bagi memastikan mereka sentiasa sihat dan cergas ketika bertugas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia