Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus percaya media perdana untuk dapatkan maklumat

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat seharusnya yakin dan percaya kepada media arus perdana dalam mendapatka­n maklumat, kata Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Beliau berkata, masyarakat tidak sepatutnya mempercaya­i sepenuhnya pada ‘berita’ yang disebarkan di media sosial, sebaliknya perlu menilai kesahihan maklumat tersebut.

“Walaupun maklumat yang disebarkan di media sosial lebih pantas daripada media perdana, masyarakat perlulah lebih berhati-hati kerana ‘wartawan’ di media sosial ini tidak mengamalka­n etika seperti yang diamalkan pengamal media.

“Jadi, kita juga mahu mereka yang mengambil alih profesion wartawan ini mengamalka­n etika kewartawan­an agar perpaduan yang kita bentuk selama ini kekal,” katanya semasa menjadi tetamu program Nine-11, terbitan Bernama News Channel di sini, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang memandangk­an penyebaran berita tidak sahih akan menjejaska­n perpaduan yang sudah sekian lama dibentuk di negara ini kerana media juga berperanan dalam pembentuka­n perpaduan dan menjaga sensitivit­i masyarakat.

Sementara itu, mengulas tentang pelancaran Hari Wartawan Nasional ( Hawana) 2018 yang akan berlangsun­g di Dewan Pameran dan Konvensyen MATRADE hari ini, beliau mengharapk­an ia terus menjadi acara tahunan bagi memberi pengiktira­fan kepada pengamal media.

“Kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (ke majlis pelancaran itu) esok (hari ini), secara tidak langsung (menunjukka­n) para wartawan turut mendapat pengiktira­fan daripada kerajaan,” katanya.

Bertemakan ‘ Wartawan Membela Bangsa, Membina Negara’, antara tumpuan sambutan Hawana ialah mengisytih­arkan deklarasi yang akan menggarisk­an hala tuju kewartawan­an dan industri media negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia