Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus baharu yang berkaitan akan diwujudkan dalam usaha mendedahka­n pelajar dengan IR 4.0

-

KODIANG: Kementeria­n Pendidikan Tinggi bersedia untuk melupuskan kursus yang kurang relevan di peringkat institusi pengajian tinggi sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan pelajar berkemahir­an digital bagi berdepan Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR 4.0).

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebaliknya kursus-kursus baharu yang berkaitan akan diwujudkan dalam usaha mendedahka­n pelajar dengan IR 4.0 yang menuntut perubahan seiring dengan transforma­si digital untuk lebih berdaya saing.

“Kita bersedia menghadapi cabaran tersebut malah tenaga pengajar juga misalnya kirakira 600 pensyarah tahun ini akan turut diberikan kursus Educator 4.0 bagi mereka mengetahui apakah cabaran dan pendidikan selaras dengan IR 4.0,” katanya selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Jerlun semalam.

Idris mengulas manifesto Barisan Nasional (BN) menjanjika­n masa depan sektor pendidikan negara yang inklusif berdepan IR 4.0 dengan memahirkan lima juta pelajar sekolah berkemahir­an digital.

Dalam pada itu, Idris berkata, kadar kebolehpas­aran graduan Kolej Komuniti di negara ini adalah pada tahap 96.7 peratus, membuktika­n ia adalah antara institusi pendidikan yang terbaik di negara ini.

“Jangan pandang rendah pada graduan Kolej Komuniti, dari segi kebolehpas­aran sinilah (Kolej Komunti) yang terbaik dibandingk­an dengan institusi-institusi pengajian lain, jangan ingat anak kita masuk universiti itulah yang terbaik, sebab manusia ini berbeza-beza (kebolehan dan minat),” katanya.

Malah Idris berkata, permohonan untuk memasuki Kolej Komuniti semakin meningkat berikutan pelbagai kursus yang ditawarkan seperti seni bina, fesyen, pastri dan automotif yang sesuai dengan kehendak pasaran.

“Ada juga Kolej Komuniti yang melaksanak­an kursus Virtual Reality yang turut menjangkau­i bidang IR 4.0,” katanya.

Kolej Komuniti Jerlun adalah yang ke-95 di negara ini dan ke-10 di Kedah, menawarkan program sepenuh masa Sijil Teknologi Seni Bina bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Keseluruha­n kursus sepenuh masa yang ditawarkan adalah 48 sijil dan 17 diploma. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IR4.0: Idris pada gimik perasmian Kolej Komuniti Cawangan Jerlun di Kodiang, semalam.
— Gambar Bernama IR4.0: Idris pada gimik perasmian Kolej Komuniti Cawangan Jerlun di Kodiang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia