Utusan Borneo (Sarawak)

Balu kontraktor TM dirempuh kereta terima pampasan PERKESO

-

ALOR SETAR: Balu seorang kontraktor Telekom Malaysia (TM) yang maut dirempuh sebuah kereta ketika kerjakerja penyelengg­araan kabel bawah tanah di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang pada 4 April lalu menerima pampasan berupa Faedah Pengurusan Mayat daripada pihak Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Selain itu, Nor Suraida Harun, 29 yang merupakan balu kepada Allahyarha­m Omar Osman, 40, turut menerima Faedah Orang Tanggungan berupa pencen bulanan sebanyak RM930 sebulan bersama anak tunggal mereka Adam Adli Omar, 4.

Suri rumah itu berkata dia reda dengan ketentuan Illahi dan bersyukur dengan bantuan PERKESO yang dapat meringanka­n bebannya.

“Saya hilang tempat bergantung kerana selama ini abang (Omar) yang bekerja untuk menyara kami dua beranak kerana saya tidak bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Mati, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Rabu lalu, Omar yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenga­raan kabel bawah tanah dirempuh sebuah kereta menyebabka­n mangsa terperosok ke dalam lubang dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu ialah seorang lagi pekerja yang juga abang mangsa, Amran Osman, 48, pada bahagian tepi mata dan tangan kanan akibat terkena papan tanda yang terpelanti­ng dirempuh kenderaan tersebut.

“Kami dah bekerja sejak 20 tahun lalu dan tak pernah berlaku kejadian sebegini kerana segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan ketika melakukan tugas telah diikuti, lagipun kejadian berlaku cuma tinggal kira-kira lima minit untuk disiapkan,” katanya.

Terdahulu, Nor Suraida menerima kunjungan Pengarah PERKESO Kedah, Mamsor Abdul Manaf yang turut menyampaik­an cek Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 hari ini.

Sementara itu, Mamsor berkata, PERKESO mengesahka­n kejadian yang menimpa Allahyarha­m Omar sebagai Bencana Kerja mengikut Seksyen 2(6) Akta Keselamata­n Sosial Pekerja, sekali gus melayakkan Nor Suraida menerima faedah tunai secara bulanan dalam bentuk pencen di bawah skim Faedah Orang Tanggungan yang akan dibayar mulai Mei ini.

“Kita akan bayar pencen sepanjang hayat balu Allahyarha­m bersama seorang anaknya sehingga anaknya mencapai umur 21 tahun atau selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah di mana-mana universiti,” katanya.

Menurutnya, PERKESO sentiasa bertindak pantas sekiranya pihak majikan melaporkan segera kejadian yang menimpa pekerja yang mencarum dengan pertubuhan itu bagi membolehka­n waris menerima faedah yang disediakan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Mamsor (dua kanan) menunjukka­n cek Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 yang diberikan kepada Nor Suraida ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Mati dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Mamsor (dua kanan) menunjukka­n cek Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 yang diberikan kepada Nor Suraida ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Mati dekat Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia