Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak tolak kemungkina­n pembabitan wanita dalam pasukan komando

-

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) berhasrat untuk menarik penyertaan wanita dalam pasukan Rejimen Gerak Khas atau komando bagi memperkasa­kan kemampuan tentera darat.

Panglimany­a Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, ia antara usaha dalam mengembang­kan peranan wanita dalam tentera darat selaras dengan negara-negara luar yang telah membabitka­n golongan wanita dalam pasukan komando.

“Kalau kita tanya kepada anggota wanita, mereka memang sanggup ( menjalani latihan komando) namun kita sebagai satu organisasi perlu mengkaji adakah mampu untuk menguruska­n wanita dalam aspek penugasan pasukan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Buku Srikandi Tentera Darat yang memaparkan sejarah awal penglibata­n wanita dalam bidang ketenteraa­n sejak 1965.

Katanya buku yang julung kali diterbitka­n itu bakal dijadikan sumber rujukan sejarah kepada semua generasi wanita tentera darat yang akan datang.

Terdahulu, Zulkiple turut mengadakan sesi dialog dan perjumpaan bersama lebih 500 pegawai dan lain-lain pangkat wanita Tentera Darat serta para veteran wanita Tentera Darat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat Brigadier Jeneral S. Suriakala yang menyokong hasrat itu berkata ia merupakan satu cadangan yang baik.

“Kita bersetuju namun ia memerlukan banyak kajian sama ada sesuai atau tidak wanita ditempatka­n dalam pasukan komando,” katanya yang merupakan wanita berbangsa India pertama menjawat pangkat Brigadier Jeneral. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MANTAP: Pegawai dan anggota wanita Tentera Darat Malaysia melihat Buku Srikandi pada pelancaran buku tersebut dan perjumpaan Wanita Tentera Darat di Wisma Pertahanan dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MANTAP: Pegawai dan anggota wanita Tentera Darat Malaysia melihat Buku Srikandi pada pelancaran buku tersebut dan perjumpaan Wanita Tentera Darat di Wisma Pertahanan dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia