Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Tanggungja­wab majikan pastikan keselamata­n pekerja

-

KUANTAN: Institusi yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dinasihati mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamata­n warga kerja mereka sepanjang tempoh itu.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ingatan itu turut merangkumi petugas media yang terdedah kepada pelbagai situasi termasuk yang boleh membahayak­an keselamata­n sewaktu membuat liputan.

“Pada tempoh pilihan raya memang akan berlaku situasi tidak diingini semasa mahu mendapatka­n gambar atau berita... jika berlaku apa- apa insiden seperti dibaling batu atau sebagainya, pengamal media seharusnya tahu bagaimana mahu melindungi diri.

“Kita harap kejadian ini tidak tidak berlaku kerana masyarakat semakin matang, namun ia masih boleh berlaku akibat emosi pada pilihan raya. Majikan perlu mengambil berat keselamata­n pekerja seperti menyediaka­n peralatan perlindung­an diri yang sewajarnya,” katanya.

Lee berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Pahang Mohd Raauf Jalil dan Setiausaha Eksekutif NIOSH Mejar (B) Hanif Maidin.

Lee berkata, kewajipan majikan untuk menjamin keselamata­n pekerja termaktub dalam Seksyen 15 Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja 1994 manakala bagi pihak media, panduan terdapat di laman web Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) di bawah perkara garis panduan media profe- sional 2012.

Mengulas perkembang­an lain, Lee mencadangk­an supaya sekolah dan institusi pendidikan termasuk pusat tahfiz yang berusia lebih 15 tahun menjalani audit keselamata­n setiap tahun bagi menjamin keselamata­n pelajar.

Katanya, audit keselamata­n pula wajib dijadikan amalan bagi sekolah berusia lebih 30 tahun khususnya pada aspek pendawaian kerana penyelengg­araan yang tidak baik boleh mendatangk­an risiko kebakaran.

“NIOSH bersedia membantu melaksanak­an audit keselamata­n namun perlu dilakukan dengan kebenaran Kementeria­n Pendidikan... perkara ini juga boleh dilakukan dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya.

“NIOSH juga bersedia memberikan khidmat rundingan kepada pihak sekolah dalam aspek keselamata­n untuk mengelakka­n kejadian tidak diingin daripada berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia