Utusan Borneo (Sarawak)

Ada pihak mempersoal SPR memilih hari mengundi pada hari bekerja

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan bahawa hari pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) bukanlah kali pertama diadakan pada hari bekerja.

Beliau berkata, jika dilihat pada PRU pada tahun 1995 dan 1999, hari pengundian juga diadakan pada hari bekerja.

“Ini kerana pihak yang berkuasa menentukan tarikh pilihan raya adalah iaitu SPR (Suruhanjay­a Pilihan Raya). Ia merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja,” katanya dalam catatan terbaharu blognya, semalam.

SPR semalam menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei dan tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Salleh berkata terdapat suara-suara sumbang yang memprotes tarikh tersebut.

“Mereka mempersoal­kan mengapa SPR memilih hari mengundi pada hari bekerja ( Rabu) kerana kononnya boleh menimbulka­n masalah kepada pengundi yang ingin pulang ke kampung untuk membuang undi.

“Mereka mendakwa ta- rikh ini sengaja dipilih SPR kerana mahukan peratusan keluar mengundi yang rendah untuk memberi kelebihan kepada UMNO,” katanya.

Menurut Salleh, hari pengundian bukanlah isu utama kerana banyak kelonggara­n diberikan kepada penjawat awam dan pekerja swasta pada hari mengundi.

Justeru, beliau amat berharap supaya kempen PRU14 akan berjalan secara berhemah.

“Janganlah terlalu cepat mengkritik dan menabur fitnah kononnya kerajaan BN mahukan peratusan rakyat keluar mengundi yang rendah.

“Kita merupakan sebuah kerajaan yang telus dan semestinya peratusan keluar mengundi meningkat. Pastinya sasaran peratusan mengundi perlulah melebihi daripada purata 85 peratus seperti yang berlaku pada PRU 2013. Ini adalah semangat kita,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh mengajak seluruh rakyat keluar mengundi dan menjalanka­n tanggungja­wab sebagai rakyat Malaysia.

“Semoga PRU14 berjalan dengan lancar dan rakyat yang layak mengundi dapat menjalani proses demokrasi untuk masa depan negara kita,” kata Salleh. — Bernama

Mereka mendakwa tarikh ini sengaja dipilih SPR kerana mahukan peratusan keluar mengundi yang rendah untuk UMNO.” memberi kelebihan kepada Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ?? — Gambar Bernama ?? KUNCI MULUT: Mohamad Hasan menjawab pertanyaan media selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama KUNCI MULUT: Mohamad Hasan menjawab pertanyaan media selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia