Utusan Borneo (Sarawak)

Hormat tarikh mengundi ditetapkan SPR, kata Idris

-

KANGAR: Keputusan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, perlu dihormati , kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata SPR sudah pasti mempunyai sebab-sebab tertentu yang munasabah berhubung mengapa agensi itu menetapkan hari bekerja sebagai hari pengundian.

“Kita menghormat­i keputusan SPR,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Kangar di sini, semalam.

SPR semalam turut mengumumka­n tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Sejurus pengumuman itu dibuat, rata-rata paparan di media sosial memuat naik rungutan kerana 9 Mei jatuh pada hari bekerja dan akan menyukarka­n pengundi yang perlu pulang ke kampung untuk mengundi.

Ditanya adakah semua warga institusi pengajian tinggi akan dibenarkan bercuti pada hari mengundi, Idris berkata ia terpulang kepada pihak pengurusan setiap institusi untuk menentukan­nya.

Dalam pada itu Idris berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan yang selesa pada PRU14.

“Saya merasa positif dengan sikap pengundi selepas manifesto BN dikemuka, keadaan kerajaan begitu baik sekali dan jangan takut keluar mengundi... anak muda sekarang ramai yang sokong kerajaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia