Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu perkenal dana raya khusus untuk pasukan keselamata­n

-

KUALA TERENGGANU: Anggota keselamata­n yang berkhidmat di Terengganu bakal menerima dana raya antara RM200 dan RM400, sebagai tanda kerajaan negeri menghargai jasa mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sebelum ini, bantuan dana raya hanya diberi kepada ketua keluarga yang berpendapa­tan RM3,000 ke bawah, warga emas, orang kurang upaya, bapa atau ibu tunggal serta individu yang belum berkahwin (berumur 40 tahun ke atas) dengan pendapatan bulanan bawah RM2,000.

Ahmad Razif berkata perkara itu telah dipersetuj­ui dalam mesyuarat Exco yang diadakan sebelum ini iaitu sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Cuma, keputusan ini kita umumkan pada hari ini (semalam) sebagai mengenang jasa dan pengorbana­n anggota pasukan keselamata­n selama ini. Bantuan dana raya ini akan diberikan kepada semua anggota pasukan keselamata­n tanpa mengira pangkat, termasuk Ketua Polis Negeri.

“Dana raya sebanyak RM400 untuk anggota yang sudah berkahwin manakala bagi anggota yang bujang akan menerima RM200,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis apresiasi bersempena Hari Polis ke-211 yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata bantuan dana raya itu akan melibatkan tambahan antara RM4 juta hingga RM5 juta dalam bajet tahunan negeri namun belum memperinci­kan jumlah sebenar anggota pasukan keselamata­n yang akan terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia