Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN ambil pandangan semua pihak laksana manifesto

-

ALOR SETAR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Bank Negara sebelum membentang­kan bajet ataupun manifesto parti itu untuk kebaikan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Othman Abdul berkata kerajaan akan memastikan kewangan negara benarbenar kukuh sekali gus segala yang dijanjikan dalam bajet ataupun manifesto berkenaan dapat ditunaikan sebaik mungkin kepada rakyat.

“Kerajaan apabila buat bajet pastinya mengira setiap sen yang akan kami peroleh dan sudah pastinya mendapat (pandangan) daripada Bank Negara, ICU (Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n, Jabatan Perdana Menteri) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi).

“Jadi, kami bukan bentang pendapat perdana menteri seorang sahaja, semua pendapat diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ceramah pada majlis ceramah rakyat BN bertajuk ‘Menolak Pakatan Hipokrasi’ di Padang Awam Taman Derga Jaya di sini malam kelmarin.

Sabtu lepas, ketika menyampaik­an ceramah di Muar, Johor, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa seolaholah mempertika­ikan dari mana perdana menteri mendapatka­n dana untuk melaksanak­an manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Othman yang juga penyandang kerusi Parlimen Pendang itu berkata setiap pemberian kerajaan untuk rakyat seperti terkandung dalam bajet ataupun akur janji BN dalam manifesto bukan keputusan politik sebaliknya langkah profesiona­l yang turut melibatkan Bank Negara.

Beliau meminta rakyat mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, Libya dan Mesir apabila kehidupan rakyat di negara itu jauh lebih teruk selepas menukar kerajaan baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia