Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai calon Terengganu yang tular tidak betul: MB Senarai calon belum muktamad, masih dalam pertimbang­an Najib

-

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam menafikan senarai calon Terengganu yang tular dalam aplikasi WhatsApp adalah calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, ini kerana senarai calon masih belum dimuktamad­kan dan masih dalam pertimbang­an Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang senarai calon telah dimuktamad­kan oleh negeri (Badan Perhubunga­n UMNO negeri Terengganu) tapi masih lagi diteliti (di peringkat pusat), mungkin minggu ini akan selesai.

“Senarai calon yang akhir sekali, yang paling muktamad hanya ada pada Presiden UMNO (Najib)...selagi presiden tak beri lagi pada saya, maksudnya belum selesai. Apabila presiden sudah serahkan kepada pengerusi badan perhubunga­n UMNO negeri, barulah senarai itu dikira muktamad, jadi kita tunggu sahaja senarai yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan penyebaran senarai nama calon itu dan menegaskan ia tidak sepatutnya berlaku terutama dalam situasi yang agak ‘ panas’ ketika ini.

Memang senarai calon telah dimuktamad­kan oleh negeri (Badan Perhubunga­n UMNO negeri Terengganu) tapi masih lagi diteliti (di peringkat pusat), mungkin minggu ini akan selesai. Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu

“Tak pernah lagi berlaku sebelum ini ada senarai calon yang dikeluarka­n (disebar) lebih awal… Jadi, tunggu sahajalah senarai calon yang betul yang akan diumumkan oleh Presiden...saya dimaklumka­n oleh YAB Presiden bahawa senarai calon itu akan diumumkan lebih awal,” katanya.

Baru-baru ini, tersebar senarai nama calon untuk 32 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lapan Parlimen di Terengganu yang menghangat­kan lagi teka- teki senarai nama yang sebenar menjelang majlis pengumuman calon tidak lama lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Ahmad Razif menyampaik­an ucapan pada Majlis Apresiasi dan Penyampaia­n Sumbangan Tabung Warisan Polis di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Ahmad Razif menyampaik­an ucapan pada Majlis Apresiasi dan Penyampaia­n Sumbangan Tabung Warisan Polis di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia