Utusan Borneo (Sarawak)

PAS bertanding 23 DUN, lima parlimen di Melaka

-

SHAH ALAM: Tindakan Mohd Khairuddin Othman, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Paya Jaras, keluar daripada PAS dan menyertai PKR akan menimbulka­n konflik dalaman kepada Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata jika Mohd Khairuddin dicalonkan semula di kerusi berkenaan, maka Parti Amanah Negara (AMANAH) akan kehilangan kerusi tersebut.

“Ini bermakna calon AMANAH yang bercita-cita untuk bertanding di situ (DUN Paya Jaras) akan kecewa dan krisis akan tercetus serta boleh merebak ke tempat-tempat lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Penyertaan Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha PAS Selangor ke dalam PKR diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ceramah Pakatan Harapan di Sungai Buloh pada malam Ahad (8 April).

Sebelum ini, pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim mendedahka­n bahawa kerusi Paya Jaras adalah antara sembilan kerusi DUN yang akan ditandingi AMANAH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hasil rundingan agihan kerusi PH Selangor setakat 8 Mac lalu.

Sehingga kini, PH Selangor masih gagal memuktamad­kan agihan kesemua 56 kerusi DUN dan perkara itu disahkan oleh Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PH Selangor, kelmarin.

Iskandar yang juga penyandang kerusi DUN Pandan Indah (Chempaka) berkata, kesan perpindaha­n Mohd Khairuddin ke parti lain adalah terhad kepada kawasan Paya Jaras sahaja dan ia tidak akan memberi kesan besar kepada PAS di kawasankaw­asan lain di Selangor.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa terdapat ADUN PAS Selangor lain yang akan mengikut jejak Mohd Khairuddin keluar parti, serta yakin tidak ada lagi ADUN parti itu yang akan ‘menyeberan­g’ ke PKR atau parti-parti lain.

“ADUN-ADUN PAS Selangor sedang bersemanga­t untuk menghadapi PRU14 dan jentera PAS di kawasankaw­asan bergerak seperti biasa. Saya yakin PAS akan dapat mempertaha­nkan kerusi Paya Jaras,” katanya.

Dalam pada itu, Iskandar berkata sebagai Naib Presiden parti yang ditugaskan untuk memantau Selangor, beliau akan meminta PAS Selangor mengemukak­an satu laporan lengkap berhubung kemasukan Mohd Khairuddin ke dalam PKR.

Pada PRU13, Mohd Khairuddin menewaskan calon BN, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dengan majoriti 5,522 undi. — Bernama MELAKA: PAS bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) dan lima parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jumlah kerusi berkenaan menunjukka­n peningkata­n berbanding hanya 13 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada PRU lepas.

“Pertanding­an tiga penjuru lebih memberi peluang untuk menang di Melaka. Kita biasa tiga penjuru dan empat penjuru, boleh menang kerana akar umbi kita setia pada parti sejak zaman dahulu.

“Kalau berlaku banyak penjuru, biasanya akan timbul kesan negatif,” katanya pada sidang media selepas ceramah perdana dan majlis pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera Melaka di sini tengah malam kelmarin.

Majlis yang dihadiri kirakira 1,000 hadirin itu turut dihadiri Pesuruhjay­a PAS Melaka Kamaruddin Sedik dan barisan Gagasan Melaka yang dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) serta Barisan Jemaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa).

Pada majlis berkenaan, Gagasan Sejahtera turut melancarka­n manifesto pakatan tersebut bagi negeri ini untuk PRU14 dengan menggarisk­an 11 teras sekiranya berjaya mentadbir kerajaan negeri Melaka.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan enam Parlimen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKENAL CALON: Tun Mahathir (tengah) memperkena­lkan calon Parti Amanah Negara Pahang untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 ketika Ceramah Bina Semula Negara dan FELDA di pejabat AMANAH, Taman Chengal di Temerloh semalam.
— Gambar Bernama PERKENAL CALON: Tun Mahathir (tengah) memperkena­lkan calon Parti Amanah Negara Pahang untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 ketika Ceramah Bina Semula Negara dan FELDA di pejabat AMANAH, Taman Chengal di Temerloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia