Utusan Borneo (Sarawak)

GERAKAN Kedah yakin peluang cerah rampas DUN Derga dan Sidam

-

ALOR SETAR: Parti GERAKAN Kedah yakin mempunyai peluang cerah untuk memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga dan Sidam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusin­ya Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata keyakinan itu reaksi dari- pada masyarakat akar umbi terutamany­a masyarakat Cina di kerusi DUN berkenaan yang kini disandang pihak pembangkan­g yang mahukan perubahan lebih baik di kawasan berkenaan selepas ini.

“Peluang memang cerah kita boleh cakap, ia berlainan sikit, kita tengok reaksi dari- pada rakyat pun berubah dan kita tengok depa cakap dalam bahasa Cina, ubah ini dan dalam satu maksud yang lain dalam sebutan Cina, kita sebut ubah daripada satu penipuan…,” katanya.

Ada satu peringkat, wakil rakyat pembangkan­g meminta supaya rakyat mencari Dr Cheah atau UMNO jika ber- depan sebarang masalah dan perkara itu disebarkan melalui Facebook, katanya kepada pemberita selepas ceramah bertajuk ‘Menolak Pakatan Hipokrasi’ di Padang Awam Taman Derga Jaya di sini malam kelmarin. Turut sama berceramah adalah Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Othman Abdul.

Pada 16 Mac lepas, Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong dilaporkan menyatakan parti itu mencadangk­an Cheah dan anggota Jawatankua­sa GERAKAN Kedah Tan Kok Seong sebagai calon untuk bertanding masing-masing di kerusi DUN Derga dan Sidam pada PRU14.

Kerusi DUN Derga kini disandang oleh DAP manakala kerusi DUN Sidam disandang PKR.

Mengulas lanjut, Cheah berkata wakil rakyat sedia ada itu tidak dapat menyelesai­kan masalah dihadapi penduduk setempat biarpun ada juga yang turun padang melawat kawasan masing-masing malah terdapat rungutan rakyat yang perlu diselesaik­an BN.

“Kadang-kadang kita juga tengok ada agensi kerajaan mengadakan aktiviti, mereka datang dengan jip mereka, pakai lambang mereka, nampak di sana macam (seolah-olah) dia (wakil rakyat pembangkan­g) yang kendalikan aktiviti itu, macam gotong-royong,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia