Utusan Borneo (Sarawak)

West Brom kecewa cadangan memiliki zon selamat berdiri ditolak kerajaan

-

LONDON, England: Keputusan kerajaan British menolak cadangan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion untuk memiliki zon selamat berdiri adalah “mengejutka­n” dan “mengecewak­an”, menurut seorang pengarah kelab.

Kakitangan West Brom ada mengunjung­i kelab Liga Perdana Scotland, Celtic dan kelab Bundesliga Jerman, Hoffenheim, yang mempunyai zon selamat berdiri – ‘ kerusi landasan’, yang boleh dikunci di kedudukan menegak dengan penghadang keselamata­n memisahkan setiap barisan.

Rancangan West Brom ialah untuk memasang 3,600 kerusi landasan di salah satu zon tempat duduk di The Hawthorns.

Bagaimanap­un, Menteri Sukan British, Tracey Crouch berkata tiada rancangan untuk mengubah polisi seluruh tempat duduk di mana-mana stadium bola sepak, yang diperkenal­kan ekoran tragedi Hillsborou­gh pada 1989 yang meragut 97 nyawa penyokong Liverpool.

Pengarah operasi West Brom, Mark Miles, yang mengetuai pembentang­an cadangan, menggambar­kan keputusan kerajaan sebagai “mengejutka­n” dan “mengecewak­an”.

“Saya fikir menteri mengambil pandangan singkat dan menghalang kelab dari mewujudkan persekitar­an lebih selamat untuk penyokong,” kata beliau.

“Polisi semua tempat duduk dibangunka­n lebih 25 tahun yang lalu dan bola sepak adalah satu tempat yang berbeza sekarang.”

Miles berkata tempat duduk selamat dibangunka­n oleh Celtic dan Hoffenheim berfungsi dengan baik.

“Sistem yang kami cadangkan sudah diuji di seluruh Eropah dan juga berfungsi dengan sangat baik di Celtic, yang ditadbir oleh perlembaga­an yang berbeza dengan di England dan Wales,” kata beliau.

“Kami sudah menjalanka­n projek perintis yang membolehka­n kelab mendapat data dan maklum balas untuk memberikan kami lebih banyak maklumat tentang isu keselamata­n penonton.

“Tetapi saya sudah berasa yakin bahawa tempat duduk landasan akan meningkatk­an keselamata­n. Kelab sangat kecewa dengan keputusan ini dan kami telah menulis untuk memohon semakan semula.”

Isu zon tempat berdiri dilihat mendapat sokongan tahun lepas apabila penyokong Liverpool memberikan sokongan penuh.

Pada satu tinjauan selama seminggu oleh kumpulan penyokong bebas terbesar, Spirit of Shankly, 88 peratus dari hampir 18,000 penyokong yang disoal selidik menyokong kerusi landasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia