Utusan Borneo (Sarawak)

Ledak gol dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara berturut-turut atasi rekod Van Nistelrooy

-

MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo sudah mengatasi satu rekod dalam Liga Juara-Juara tahun ini tetapi menentang Juventus pada perlawanan suku akhir kedua hari ini, beliau boleh semakin hampir mengatasi mercu tanda yang lebih besar.

Tendangan akrobatik Ronaldo ketika Real Madrid menang 3-0 pada perlawanan pertama minggu lepas memastikan beliau mengatasi rekod Ruud van Nistelrooy dengan menjaringk­an gol dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara secara berturut-turut.

Tetapi beliau kini kurang tiga gol untuk jumlah gol terbanyak beliau dalam satu musim, satu pencapaian yang akan mencadangk­an beliau, pada usia 33 tahun, masih belum berada di tahap terbaiknya.

Beliau menjaringk­an 14 gol dari sembilan perlawanan dan memaparkan dua gol ketika menentang APOEL, Borussia Dortmund, Paris Saint Germain (PSG) dan Juventus.

Ia bermakna ini adalah musim ketiga paling prolifik Ronaldo di Eropah dan dengan Real hampir pasti ke separuh akhir, harapan beliau masih belum berakhir.

Apabila beliau menjaringk­an 16 gol pada musim 2015/2016 dan pencapaian peribadi terbaik dengan 17 gol pada 2013/2014, dengan kedua-duanya berakhir dengan kejuaraan Eropah.

“Cristiano adalah Cristiano, ia sentiasa begitu,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane selepas Ronaldo membuka jaringan ketika menentang Atletico Madrid dalam La Liga Sepanyol Ahad lepas.

“Tiada pemain lain dalam pasukan yang menjaringk­an gol seperti beliau.”

Tiada keraguan di mana permainan Ronaldo sekarang lebih jelas dan kerana itu lebih tertumpu kepada jaringan gol berbanding sebelum ini.

Untuk mengekalka­n kecergasan dan tenaga, beliau tidak menerima banyak sentuhan dan juga bergerak sekitar padang. Sentuhan bola dan ruang yang beliau cari adalah untuk membuka peluang menjaringk­an gol.

Malah corak permainan Zidane adalah untuk menyesuaik­an diri dengan ketajaman serangan Ronaldo iaitu 4-4-2 dengan Karim Benzema bermain sebagai sokongan dan juga pemain sayap dengan arahan mengumpan bola ke kotak penalti.

Apabila Ronaldo m e r - e m b a t bola dari d a l a m k o t a k p e n - alti ketika men e n t a n g Atletico, ia adalah hantaran dari Gareth Bale.

Jika Real menjaringk­an satu gol hari ini, sesuatu yang sudah mereka lakukan dalam 24 perlawanan Liga Juara- Juara, maka Juventus perlu menjari n g k a n empat gol u n t u k m e n g - hidupkan peluang. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ?? — Gambar Reuters ?? SANTAI: Zidane ketika mengendali­kan sesi latihan Real Madrid di Valdebebas Sport City, Madrid semalam.
— Gambar Reuters SANTAI: Zidane ketika mengendali­kan sesi latihan Real Madrid di Valdebebas Sport City, Madrid semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia