Utusan Borneo (Sarawak)

Capello sahkan akan bersara dari pengurusan bola sepak

-

MILAN, Itali: Bekas jurulatih kelab Real Madrid dan skuad kebangsaan England, Fabio Capello mengesahka­n beliau sudah bersara dari pengurusan bola sepak dan menolak kemungkina­n pencalonan­nya untuk mengisi jawatan sebagai jurulatih Itali Isnin lepas.

Jurulatih berusia 71 tahun dari Itali itu dikaitkan dengan kekosongan jurulatih Itali selepas meninggalk­an Jiangsu Suning dari Liga Super China (CSL) bulan lepas.

“Saya sudah mempunyai beberapa pengalaman dengan pasukan kebangsaan England dan Rusia, saya mahu cuba melatih kelab sekali lagi dan Jiangsu adalah pengalaman terakhir bola sepak saya,” kata Capello ketika memberitah­u Radio Rai.

“Saya melakukan segalagala yang saya mahu, saya berasa sangat gembira dengan apa yang saya lakukan dan sekarang saya berasa gembira sebagai pengulas TV. Anda sentiasa menang dalam tugasan ini!”

Itali mencari pengganti Gian Piero Ventura, yang dipecat sebagai jurulatih selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Dan Capello berkata beliau memberikan sokongan kepada bekas jurulatih semasa kelab Zenit St Petersburg di Rusia, Roberto Mancini, untuk mengisi kekosongan.

“Roberto adalah seorang jurulatih berpengala­man yang memiliki pengalaman di seluruh dunia,” kata beliau.

“Pengalaman beliau akan membantu membina perhubunga­n dengan pemain, tetapi kekurangan bakat di p e r i n g k a t antarabang­sa.

“Kita mempunyai jurulatih yang bagus apabila mempunyai pemain yang bagus. Ia sukar untuk melakukann­ya dengan pemain biasa. Ketika ini, Itali ketiadaan beberapa pemain hebat yang boleh menjadi penentu dan juga tidak memiliki pemain yang boleh memimpin. “Dalam Serie A, tiada banyak kualiti. Anda belajar dari yang terbaik tetapi jika yang terbaik telah dibeli oleh kelab luar yang kuat, bola sepak Itali tidak memiliki pembimbing, pemain hebat untuk dicontohi.” Capello membimbing kelab AC Milan, Juventus, AS Roma di Itali dan juga skuad kebangsaan Rusia. Beliau menjadi antara nama besar yang berpindah ke China. — AFP

 ??  ?? CAPELLO
CAPELLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia