Utusan Borneo (Sarawak)

Argentina, Uruguay dan Paraguay mendapat sokongan Messi, Suarez anjur Piala Dunia 2030

-

BUENOS AIRES, Argentina: Dua bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi dan Luis Suarez dijangka akan memberikan sokongan bidaan bersama dari Argentina, Uruguay dan Paraguay untuk Piala Dunia ke-100 pada 2030, menurut penganjur bidaan.

“Messi akan menyertai kami dalam inisiatif ini, dan Suarez juga pasti,” kata Fernando Marin, penyelaras bersama bidaan ketika memberitah­u agensi berita AFP Isnin lepas.

“Kami memberitah­u beliau (Messi) tentang harapan kami dan beliau merasakan ia boleh dilakukan.”

Menteri Sukan Argentina, Carlos Mac Alister berkata “ia penting untuk mengetahui kami mempunyai sokongan” pemain terkenal seperti Messi, pemain terbaik dunia sebanyak lima kali dan juga penyerang sensasi Uruguay, Suarez.

“Pada 2030, kami mungkin tiada lagi tetapi Messi masih.

“Beliau menunjukka­n keazaman tinggi untuk membantu kami. Beliau pasti akan menjadi pembawa bendera untuk Piala Dunia.”

Piala Dunia pertama dianjurkan pada 1930 di Uruguay dan juga dimenangi oleh pasukan tuan rumah dengan menewaskan Argentina 4-2 pada perlawanan di Stadium Centenary di Montevideo.

Paraguay juga salah satu dari 13 pasukan bertanding tetapi Piala Dunia sudah meningkat sejak itu dan sekarang memaparkan 32 pasukan walaupun jumlah itu ditambah kepada 48 di Piala Dunia 2026.

Pada 1930, ada 18 perlawanan tetapi ia menjadi 80 perlawanan pada kejohanan 48 pasukan, menjadikan ia lebih sukar untuk sebuah negara menganjurk­annya secara bersendiri­an.

Sebelum itu, Piala Dunia akan dianjurkan di Rusia tahun ini dan kemudian di Qatar pada 2022. Tuan rumah untuk 2026 hanya akan diketahui pada bulan Jun.

Bidaan bersama ini mendapat sokongan ketua negara dari ketiga-tiga negara, kesemua mereka adalah presiden kelab bola sepak sebelum memimpin negara.

Mauricio Macri (Argentina) pernah menjadi presiden kelab Boca Juniors, kelab paling berjaya di Argentina; Tabare Vazquez ( Uruguay) adalah bekas presiden Atletico Progresso dan Horacio Cartes (Paraguay), bekas presiden Club Libertad.

Bidaan bersama akan menyaksika­n Argentina menganjurk­an lapan dari 12 perlawanan pusingan pertama dengan Uruguay dan Paraguay masing-masing dua.

Idea awal tertumpu kepada bidaan bersama UruguaArge­ntina, yang diumumkan pada bulan Julai.

Paraguay menjadi negara ketiga pada bulan Oktober dengan sokongan badan induk Amerika Selatan, CONMEBOL.

Uruguay dan Argentina pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia dan memenangin­ya di tanahair mereka sendiri pada 1930 dan 1978.

Mereka juga memenangin­ya buat kali kedua – 1950 untuk Uruguay dan 1986 untuk Argentina.

Tiada calon berpotensi lain menyuaraka­n keinginan untuk menganjurk­an Piala Dunia 2030 tetapi China dikhabarka­n bersedia membuat perancanga­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia