Utusan Borneo (Sarawak)

Torres akan tinggalkan Atletico Madrid pada hujung musim ini

-

MADRID, Sepanyol: Fernando Torres mengesahka­n musim ini adalah kali terakhir beliau bermain untuk Atletico Madrid, kelab dari zaman remajanya.

Torres menjadi idola di Atletico, di mana beliau datang dari akademi kelab sebelum membuat penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama pada usia 17 tahun pada 2001.

Tetapi selepas beraksi bersama Liverpool, Chelsea dan AC Milan, penyerang berusia 34 tahun itu kembali ke Atletico dan hanya menjadi pemain sokongan.

Beliau hanya bermain sebanyak tiga kali dalam kesebelasa­n utama di bawah kendalian Diego Simeone.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengesahka­n bahawa ia adalah musim terakhir saya di kelab,” kata Torres Isnin lepas.

“Saya merasakan saya seharusnya memberitah­u penyokong kerana mereka telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada saya sejak sekian lama.

“Kelab dan saya tahu bahawa saat seperti ini akan berlaku. Saya fikir ia adalah yang terbaik, menerima realiti sebenar. Anda melihat saya telah mengharung­inya bersama pasukan dan mungkin ia adalah masa untuk memberi ruang kepada pemain lain.”

Torres menjaringk­an 76 gol liga sepanjang lima musim di Atletico dan selepas kembali semula ke kelab, beliau berharap untuk bersara di Atletico.

Di antara tempoh itu, beliau mengharung­i empat musim berjaya di Liverpool sebelum tempoh sukar di Chelsea dan Milan, di mana beliau tidak pernah menemui semula sentuhan berbisanya.

“Bagi saya, ia adalah sangat sukar untuk mengucapka­n selamat jalan kepada kelab buat kali kedua, kerana fikiran dan idea saya ialah untuk bersara di sini,” kata Torres.

“Tetapi semuanya tidak sentiasa seperti yang anda mahukan. Saya berasa sihat dan mahu terus bermain. Saya tidak tahu jika dalam dua, tiga atau lima tahun lagi saya akan mencari situasi yang berbeza.

“Saya belum mempunyai sebarang pasukan (destinasi) kerana kami baharu membuat keputusan ini. Sekarang saya akan mendengar tawaran sebelum membuat keputusan.”

Ia dicadangka­n Torres tidak mempunyai perhubunga­n yang baik dengan Simeone, yang turut menjadi idola di kelab selepas pernah menjadi pemain selama lima tahun sebelum membimbing kelab memenangi kejuaraan La Liga pada 2014.

“Perhubunga­n saya dengan Simeone adalah normal, ia profesiona­l,” kata Torres.

“Saya sentiasa berkata saya tidak akan terlibat dalam sebarang perbalahan dengan an Simeone. Tiada da sebarang masalah h dengan jurulatih atau sesiapa pun di kelab. Ia keputusan saya sendiri.”

Torres bergelut di Chelsea apabila Atletico memenangi kejuaraan liga empat tahun yang lalu, bermakna satu-satu kejuaraan yang beliau menangi bersama kelab ialah kejuaraan divisyen dua pada 2002. Atletico bagaimanap­un mempunyai p e n c a p a i a n memberangs­angkan dalam Liga Europa musim i ni dan masih ada peluang untuk Torres menamatkan musim dengan trofi bersama A Atletico. To Torres menjaringk­an 113 gol dalam 330 penampilan untuk Atletico. Beliau juga memenangi trofi Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol dan Euro 2008 dan 2012. — AFP

 ??  ?? TORRES
TORRES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia