Utusan Borneo (Sarawak)

CDM belum mahu tekan butang panik Pencapaian atlet negara setakat ini baharu kutip dua emas, satu perak dan dua gangsa

-

GOLD COAST: Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How belum mahu mengaku panik dengan pencapaian atlet negara setakat ini yang baru mengutip dua emas, satu perak dan dua gangsa untuk berada di kedudukan ke-12 keseluruha­n.

Kontinjen negara menyasarka­n 10 kelompok terbaik dengan sekurangku­rangnya tujuh pingat emas untuk menandingi pencapaian enam pingat emas pada edisi 2014 di Glasgow, Scotland.

Setakat ini, Malaysia sudah kehilangan dua pingat emas tradisi menerusi acara badminton berpasukan campuran selepas skuad badminton negara tewas 1-3 kepada India dan juga menerusi acara skuasy apabila Datuk Nicol David gagal mempertaha­nkan e m a s a c a r a perseorang­an wanita.

“T i d a k ( b e l u m p a n i k ) . Kita masih di pertengaha­n jalan dan saya p e r n a h cakap sebelum ini bahawa ada dua pasukan iaitu England dan India dan malam ini India telah atasi Malaysia dan ini tidak semestinya persembaha­n tidak memuaskan. “Walaupun India menang malam ini ( semalam), tapi kita masih ada lagi lima acara dan peluang untuk dapat dua atau tiga pingat dan harapan saya memang emas untuk badminton.

“Selain itu, kita masih ada peluang dalam acara terjun dan boling padang...begitu juga skuasy yang sedang berlangsun­g. Atlet negara akan cuba dapatkan pingat untuk kontinjen Malaysia,” katanya.

Pada edisi di Glasgow, kontinjen negara menduduki tangga ke-12 dengan enam emas, tujuh perak dan enam pingat gangsa.

Setakat ini, skuad berbasikal negara telah menamatkan cabaran dan pulang dengan tangan kosong berbanding di Glasgow, dengan satu gangsa menerusi Mohd Azizulhasn­i Awang dalam acara keirin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEKADAR PERAK: Aksi pasangan beregu negara Tan Wee Kiong dan Goh V Shem ketika menentang pemain India Satwiksair­aj Rankireddy dan Chirag Shetty menerusi acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia kelmain. Pasukan...
— Gambar Bernama SEKADAR PERAK: Aksi pasangan beregu negara Tan Wee Kiong dan Goh V Shem ketika menentang pemain India Satwiksair­aj Rankireddy dan Chirag Shetty menerusi acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia kelmain. Pasukan...
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain India, Akashdeep Singh (kanan) dan pemain Malaysia, Ramadan Rosli of Malaysia bersaing pada perlawanan di Gold Coast, Australia semalam.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain India, Akashdeep Singh (kanan) dan pemain Malaysia, Ramadan Rosli of Malaysia bersaing pada perlawanan di Gold Coast, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia