Utusan Borneo (Sarawak)

Hoki: Malaysia gagal kutip tiga mata selepas tewas kepada India

-

GOLD COAST: Pasukan hoki lelaki negara tidak mempunyai pilihan selain mencari kemenangan ke atas Pakistan untuk bersaing di kedudukan tempat kelima dan keenam pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Malaysia kini berkongsi tiga mata dengan Pakistan dalam kumpulan B selepas tiga perlawanan semalam, apabila skuad bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen tewas 1-2 kepada musih tradisi mereka, India.

Pada aksi di Gold Coast Hockey Stadium itu, pasukan negara dikejutkan den- gan jaringan gol seawal minit ketiga oleh Harmanpree­t Singh melalui pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan gol itu, penyerang negara Faizal Saari menggegark­an gawang pihak lawan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-16 melalui jaringan padang.

Malaysia terus memberikan saingan seimbang kepada India namun pasukan keenam dunia itu sekali lagi melalui Harmanpree­t akhirnya menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-44.

Jurulatih, Van Huizen bagaimanap­un berpuas hati dengan persembaha­n yang telah ditunjukka­n oleh pasukan negara terutamany­a apabila berjaya menyelamat­kan tujuh daripada sembilan pukulan sudut penalti dan empat percubaan padang oleh pemain India.

“India menjaringk­an gol terlebih dahulu tetapi kami berjaya untuk mendapatka­n jaringan penyamaan untuk membuka kembali permainan. Pemain pertahanan telah bertindak cemerlang ketika pukulan sudut penalti,” katanya selepas perlawanan semalam.

Malaysia yang berada di kedudukan ketiga kumpulan B kini berkongsi tiga mata dengan pasukan Pakistan dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Pakistan, pasukan ke-13 dunia yang kini di bawah kendalian jurulatih baharu, Roelant Oltmans telah menunjukka­n peningkata­n yang baik sepanjang beraksi di Gold Coast.

“Kami perlu bersedia sepenuhnya untuk pertemuan dengan Pakistan esok (hari ini). Pertemuan dengan Pakistan merupakan pertemuan hidup mati untuk pasukan negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia