Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa sertai Pertanding­an Badminton Berpasukan

- Oleh Harry Ilias

SIBU: Orang ramai dipelawa untuk menyertai Pertanding­an Badminton Berpasukan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Nangka 2018 berlangsun­g pada 21 dan 22 April ini.

Kejohanan berlangsun­g di Dewan Melayu Melanau ( MMB) di sini merupakan anjuran Sekretaria­t Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka ( SSBSPN).

Kategori dipertandi­ngkan ialah beregu lelaki, beregu lelaki veteran ( 45 tahun ke atas) dan beregu campuran sahaja.

Yuran penyertaan adalah RM200 untuk satu pasukan ( 8 orang) dan tarikh akhir menghantar borang penyertaan pada 18 April, pukul 5.30 petang.

Seterusnya proses cabutan undi pada sebelah malam jam 8.30 malam di Pusat Khidmat DUN Nangka di sini. Hadiah menarik bakal menanti pemenang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pengurus pertanding­an, Roslan di talian 013- 5617177. KUCHING: Badi kekalahan empat perlawanan berturut-turut Skuad Sarawak B berakhir apabila berjaya menewaskan PKNP FC dengan 2-0 pada pertembung­an Piala Presiden 2018 di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini petang kelmarin.

Skuad di bawah kendalian jurulatih sementara, Sulaiman Mustanir bagaimanap­un terpaksa menunggu pada babak kedua untuk menjaringk­an dua gol bagi mengutip tiga mata penuh.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebaik permainan bermula dengan Sarawak tampak lebih garang untuk mencari gol awal.

Namun, penyudah yang lemah menghampak­an segala usaha mereka untuk menghasilk­an sebarang jaringan pada babak pertama.

Pemain sayap lincah Sarawak, Amir Amri Salleh memecah kebuntuan pada minit ke-49 dengan melakukan jaringan cantik sekali gus meletakkan Sarawak di depan.

Gol itu tidak mematah se-

Kita bermain dengan agresif dan sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Pemain-pemain juga bermain mengikut apa yang telah dirancang oleh jurulatih dengan baik. Abang Fomay Abang Sa’adeli Penolong Pengurus

mangat barisan pemain PKNP FC dan mereka cuba menyusun strategi untuk mencari jaringan penyamaan.

Sebaliknya, Sarawak kian bernafsu untuk memburu jaringan kedua bagi menamat sisa perjuangan pasukan pelawat dari Perak itu.

Penyerang gantian, Ricky Shano Suliman melengkap ‘hari ceria’ buat skuad Sarawak B dengan meledakkan gol kedua pada minit ke-84.

Penolong Pengurus, Abang Fomay Abang Sa’adeli mengucapka­n syabas kepada semua pemain kerana berjaya bangkit selepas mereka mengalami empat kekalahan berturuttu­rut sebelum ini.

“Kita bermain dengan agresif dan sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Pemain-pemain juga bermain mengikut apa yang telah dirancang oleh jurulatih dengan baik,” katanya ditemui selepas perlawanan di sini petang kelmarin.

Bagaimanap­un, Abang Fomay mengakui masih ada beberapa kelemahan dalam skuad Sarawak B yang perlu diperbaiki terutamany­a dari aspek penyudah.

Tegasnya, Sarawak boleh menang dengan empat atau lima gol jika beberapa peluang keemasan dimanfaat dengan kemas oleh jentera jentera penyerang.

“Apapun, semua pemain harus mengekalka­n momentum sama pada perlawanan seterusnya,” kata beliau.

Kemenangan itu meletakkan Sarawak B di tangga ketujuh saingan Kumpulan B dengan mengutip 10 mata daripada sembilan perlawanan.

Mereka akan menamatkan pusingan pertama saingan Piala Presiden 2018 dengan melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Sarawak pada 12 April ini.

 ??  ?? DICABAR: Amir (tengah) melarikan bola sambil dicabar dua pertahanan PKNP FC pada aksi Piala Presiden 2018 di Stadium Sarawak petang kelmarin. Gambar sisipan Abang Fomay.
DICABAR: Amir (tengah) melarikan bola sambil dicabar dua pertahanan PKNP FC pada aksi Piala Presiden 2018 di Stadium Sarawak petang kelmarin. Gambar sisipan Abang Fomay.
 ??  ?? LEPAS: Bobby berjaya melepasi kawalan dua pertahanan MIFA pada perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching kelmarin.
LEPAS: Bobby berjaya melepasi kawalan dua pertahanan MIFA pada perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia